in

“Semoga Adib bahagia bersama bidadari-bidadari syurga..” – Kad Jemputan Kahwin Adib Sabtu Ini Buat Netizen Sebak

Featured Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka anggota bomba yang parah dipukul ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara.

Seluruh negara berduka dan terkejut dengan pemergian, Muhammad Adib Mohd Kassim,24 tahun, insan yang diangkat sebagai wira kerana menjadi mangsa keganasan manusia sewaktu menjalankan tugas.


Namun yang lebih menyedihkan tentunya keluarga dan tunang arwah, Nurul Najihah kerana kedua-dua mereka sepatutnya disatukan pada 22 Disember ini..allahu semoga najihah terus tabah..

Adibtunang1

Sejurus berita pemergian Adib menjadi ‘headline’ dan ‘kisah utama’ di negara ini malam tadi, 2 gambar kad jemputan perkahwinan yang dikatakan milik anggota bomba itu dan pasangannya viral di media sosial.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan kedua-dua kad tersebut, namun ia tetap mengundang duka dalam kalangan rakyat di negara ini.

Mengikut kad jemputan tersebut, majlis perkahwinan di rumah keluarga perempuan sepatutnya diadakan Sabtu ini manakala bagi keluarga lelaki pula dijadual pada Ahad ini.

Dalam kad kahwin itu dinyatakan majlis perkahwinan Allahyarham dijadual berlangsung di rumah keluarga kedua-dua pihak di Alor Setar, Kedah.

Gabung Kad

Pelamin bahagia yang sepatutnya dibina kini bertukar menjadi ‘pelamin air mata’ selepas pemergian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya itu..kuatkanlah semangat keluarga Adib ya allah…

Namun siapa kita untuk melawan ketentuan Allah SWT, soal jodoh, ajal, maut semuanya kuasa yang maha esa.

Nukilan seorang wanita di facebook yang juga merupakan isteri kepada anggota bomba, cukup memberi kesan betapa pilu dan sedihnya wanita itu atas pemergian Muhammad Adib yang juga seorang anggota bomba, sama seperti suaminya.

Malam ini…dingin sekali…dia pergi jua….Allahu 🙁 

 

Itu Tugasan Terakhir
Sumber : facebook

Bukan sahaja wanita tersebut, rata-rata netizen juga berasa sebak bukan sahaja kerana pemergian Muhammad Adib yang dikatakan sebagai mangsa keadaan, tetapi juga soal majlis perkahwinan anggota bomba tersebut yang hanya tinggal kenangan.

Berbahagialah Adib dengan bidadari-bidadari syurga….

Berbahagialah Adib Dgn Bidadari Syurga

Tunang Adib, jika tertekan..luahkanlah pada Allah

Semoga Tunang Adib Tabah

Ternyata AJAL mendahului Jodoh…..

Ternyata Ajal Mendahului Jodoh Beliau
Sumber : facebook

Semoga Adib ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semoga keadilan Adib terus diperjuangkan dengan membawa pembunuh Adib ke muka pengadilan.

Baca : TERKINI: Muhammad Adib Meninggal Dunia

Adib Meninggal Dunia 768X404 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.