in

Semakan Jabatan Agama Dengan Pihak Maghribi Dapati ‘Cicit Rasulullah’ Dikait 6 Kontroversi Termasuk Penipuan Duit?

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemunculan seorang individu mendakwa dari keturunan Rasulullah SAW ketika sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.

Lelaki yang dikenali sebagai Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani ini mengaku bahawa dirinya itu sebagai cicit Nabi Muhammad SAW, dari keturunan Saidina al-Hasan.


Menerusi perkongsian dokumen di media sosial, semakan dari Bahagian Penyelidikan JAKIM mengatakan bahawa individu tersebut adalah berasal dari Algeria dan merupakan warganegara Maghribi (Morroco) dan Perancis.

Fe4Pmpzakaaq2V1

Individu tersebut menetap di Fes, Maghribi namun latar belakang pengajian tak dapat disahkan dan kerap menghadiri jemputan di Indonesia.

Selain itu juga, dokumen ini turut menyebut bahawa individu ini telah terlibat dengan beberapa isu dan kontroversi namun maklumat ini tak dapat disahkan berikutan dia bukan warganegara Malaysia.

https://www.tiktok.com/@apa.citer/video/7155744543848090907?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Antara isu dan kontroversi yang pernah dikaitkan termasuk penipuan duit. Dekat bawah ini juga adalah antara enam isu yang disenaraikan:

  1. Mendakwa keturunan ahli bait yang nasab berubah-ubah gelaran iaitu al-Idrisi, al-Quazzani, Al-alami.
  2. Penipuan berkaitan duit di Maghribi.
  3. Penipuan lain terhadap pihak Zawiyah Sidi Kasem ben Rahmoun, Fes, Maghribi.
  4. Permasalahan dengan pihak Moulay Zouber Kettani.
  5. Pihak Kementerian Waqaf dikatakan telah menasihati para Sheikh di Jami’ al Wurrawiyyun supaya berhati-hati dengan individu ini.
  6. Para pelajar Asia Tenggara di Fes turut dinasihati untuk menjauhi individu ini.

Kerana penilaian awal yang dibuat ini serta pelajar Asia Tenggara yang tidak mengetahui tentang kewujuduan Majelis World Muhamadiah yang dikatakan wujud di Fes ini juga telah menimbulkan kecurigaan dan perlu diambil perhatian.

“Wujud keraguan” – JAHEAIK

Manakala laporan Sinar Harian sebelum ini juga telah menyebut bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) telah menegaskan semua pihak untuk menyemak latar belakang individu ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata langkah ini perlu diambil bagi mengelak dari timbulnya masalah yang boleh memberi kesan kepada umat Islam.

Hasil semakan yang dilakukan dengan pihak berkuasa di Morocco mendapati wujudnya keraguan terhadap latar belakang lelaki yang mendakwa dia sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Kami menasihatkan pihak berkaitan supaya mendapatkan pengesahan pihak berwajib terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah.”

Ikutlah pesanan pihak agama Islam untuk berhati-hati, jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara. Islam pun ajar kita untuk bersederhana dengan semua yang kita buat kan?

 

Baca: “Konsert artis luar lagi membimbangkan” – UAI Minta Orang Ramai ‘Husnuzon’ Dengan Lelaki Dakwa Cicit Rasulullah

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.