in

“Cuba check dulu samping…” – Ramai Bengang Seluar Baju Melayu Berbulu, Mungkinkah Samping Penyebabnya?

samping

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun ini, ramai kaum Adam merungut baju Melayu yang dipakai menyambut Hari Raya Aidilfitri cepat berbulu walaupun dibeli dengan harga mencecah ratusan ringgit.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter @DeanOrDeen baru-baru ini mendedahkan, seluar berbulu mungkin bukan disebabkan kualiti baju Melayu yang rendah, tetapi disebabkan hujung samping yang tajam!


samping
Gambar seluar yang dikongsikan oleh netizen di aplikasi X.

Menurutnya, samping yang selalunya diberikan secara percuma oleh jenama tertentu mungkin tidak berkualiti dan mempunyai jahitan yang dapat merosakkan seluar.

“Jangan asyik salahkan baju. Cuba check samping korang beli tu yang murah ke samping berkualiti.

“Yang murah hujungnya TAJAM Habis rosak seluar. Yang mahal ada kepala kain contohnya macam ini. Kalau pakai yang mahal, peratus seluar korang berbulu 0.01%.

“Samping murah, korang yang berbulu,” katanya.

Selain itu, @DeanOrDeen turut memberikan solusi mudah untuk menangani masalah samping berbulu.

Artikel berkaitan: Peniaga Baju Melayu Mengadu Stok Masih Banyak Walau Dah Turun Harga, Ramai Netizen Kesian Tapi…

Artikel berkaitan: Kumpulan Penari Tarik Perhatian Netizen, Berbaju Melayu Depan Papan Tanda Hollywood

Sebenarnya, senang sangat nak repair masalah ini

“Solusinya? Tarik seluar tegang-tegang, ambil ‘shaver’ dan cukur bulu tersebut perlahan-lahan. InshaAllah boleh hilang sedikit. Pakai pisau pisau cukur pun boleh,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial nampaknya bersetuju dengan pendapat bahawa samping mungkin menjadi penyebab utama seluar berbulu.

“Mungkin orang yang ada masalah kain seluar berbulu tu, seluar bergesel dengan benang samping. Boleh jadi benang samping korang belah dalam tu kasar, tak trim atau memang kain sensitif takde kualiti,” kata Nopal.

“Tapi kalau brand semua sama, semua seluar berbulu, mungkin bukan salah samping,” kata Ich.

“Itulah, jangan pakai samping murah. Tak semua kain boleh bergesel dengan baju. Material samping ada yang keras, tajam, macam plastik. Kalau sayang baju, tukar samping yang mahal sikit,” kata Rafael.

Sumber: Aplikasi X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.