Sebelum ini perniagaan yang dijalankan oleh pelawak, Shuib berdepan dengan isu lewat membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya, bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat Shuib untuk meluaskan empayar perniagaannya itu.
Kini, Kosmo! melaporkan bahawa Shahmira Muhammad, 40, membuka restoran House Of Patin di Jalan Kampung Hulu, Melaka. Jelasnya restoran tersebut merupakan perniagaan bersama dua lagi rakan kongsi Max Koh dan Ahmad Daniar, yang merupakan pengasas House Of Patin-Restoran Lipis di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan : “Orang mula nak tokok tambah” – Isu ‘Sangkut’ Bayar KWSP Pekerja, Shuib Pelik Dituduh Bermewah
Artikel Berkaitan : Dituduh Bermewah, Shuib Dedah Bubble Bee ‘Bergerak’ Guna Wang Hasil Pendapatan Lain
Menurut Shuib, dia dah membuat perancangan dan perbincangan untuk membuka restoran tersebut sejak tahun lepas selepas Daniar berhasrat untuk menambah cawangan di negeri lain.
“Saya sudah lama kenal Daniar, tekak pun dah lima tahun asyik makan patin tempoyak restorannya jadi memang sentiasa cari peluang untuk bekerjasama.
“Kedai ni memang kita bawa menu asal House Of Patin-Restoran Lipis dengan seleksi ikan jenis biasa sehingga ‘kayangan’.”
Ketika ditanya berkenaan dengan keyakinannya dalam industri ini selepas terpalit dengan isu lewat bayar KWSP pekerjanya pada November lalu, Shuib mengatakan dia ambil pengajaran daripada kelemahan pengurusan pihaknya itu.
“Kita belajar daripada apa yang mungkin tidak ‘proper’, ada kesilapan atau terlepas pandang, kita terus bergerak ke depan.”
Tambah Shuib lagi, dia akan teruskan selagi mana dia rasa buat benda yang betul, jelasnya, dugaan itu biasa dan ia sentiasa ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
Sumber : Kosmo!