Bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal beraksi di sebuah kelab Arab Saudi, Al Nassr.
Selepas meninggalkan Manchester United dengan cara yang penuh kontroversi, Ronaldo menandatangani kontrak sepanjang musim panas 2025 dan akan menerima $75 juta (bersamaan kira-kira RM 330 Juta) setahun. Ini sekaligus menjadikannya pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah.
Memetik laporan ESPN, Ronaldo mengakui teruja untuk meneruskan karier bola sepak di negara berbeza. Tambah pemain kebangsaaan Portugal itu lagi, dengan pengalaman bermain di Eropah, beliau merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuknya berkongsi pengalaman di benua Asia.
Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan baru saya dan bersama-sama mereka membantu kelab untuk mencapai kejayaan”
History in the making. This is a signing that will not only inspire our club to achieve even greater success but inspire our league, our nation and future generations, boys and girls to be the best version of themselves. Welcome @Cristiano to your new home @AlNassrFC pic.twitter.com/oan7nu8NWC
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) December 30, 2022
Al-Nassr dalam satu kenyataan lain di Twitter @AlNassrFC mengalu-alukan pemain berusia 37 tahun itu dan turut menganggap perpindahan Ronaldo bakal memberikan inspirasi kepada semua peminat bola sepak di Arab Saudi.
Al-Nassr, adalah kelab bola sepak yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi. Kelab itu kini bersaing dalam Liga Pro Saudi dan mempunyai gelaran liga kedua terbanyak dalam sejarah negara itu.
Baca: Ronaldo Menangis Keluar Padang, Impian Piala Dunia Terkubur Di Tangan Maghribi