Macam yang korang tahu, mulai 16 September Pulau Langkawi bakal menjadi destinasi pelancongan pertama yang bakal dibuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali yang tinggal di kawasan PKPD untuk pergi melancong.
Selepas Langkawi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi mengatakan yang Pulau Pangkor akan menjadi destinasi seterusnya yang dijangka akan dibuka kepada pelancong yang telah menerima vaksin lengkap pada 1 November nanti, lapor BERNAMA.
Bagaimanapun, perkara ini masih belum disahkan lagi kerana menurut Datuk Nolee, keputusan ini perlulah mendapat kelulusan dari Majlis Keselamatan Negara terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan korang, Pulau Pangkor mempunyai populasi seramai 11,500 orang dan untuk mencapai imuniti kelompok di sana, seramai 8,026 orang perlu menerima vaksin lengkap.
Tapi, 87 dari 8,026 ini masih lagi belum menerima vaksin atas sebab-sebab tertentu seperti masalah kesihatan atau sedang menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti Covid-19.
Jadi, kami masih belum memenuhi peratusan yang diperlukan untuk mencapai imuniti kelompok.”
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri pula berkata pada Julai lepas bahawa Pulau Pangkor telah pun dipilih untuk menjadi salah satu destinasi Fasa 2 Program Destinasi Bebas Covid-19 oleh Motac bersama pulau-pulau lain seperti Redang, Perhentian dan Tioman.
Okay jugak kalau ada lebih banyak pulau yang dibuka, kalau tak kang pergi bercuti tempat sama asyik jumpa orang yang kita kenal je. Hihi
Baca: Selain Duty Free, Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Di Pangkor. Memang BEST!