in

Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II, Rakyat India Mahu Berlian Kahinoor Dipulangkan

Cover 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita pemergian Ratu Elizabeth II beberapa hari lalu merupakan satu berita yang mengejutkan buat seluruh dunia.

Bagaimanapun, sejurus mangkatnya Ratu Elizabeth II, berlian Kahinoor mula menjadi bualan warganet India. Ada apa dengan berlian tersebut dan apa kaitannya dengan negara India?


Untuk pengetahuan anda, Kahinoor adalah salah satu berlian tercantik yang menghiasi mahkota Ratu Elizabeth II lebih 100 tahun lamanya. Kahinoor didakwa telah dicuri oleh British daripada India, dan warganet India mahu berlian tersebut dipulangkan semula ke negara mereka.

Menurut sumber, Kahinoor sudah berpindah tangan dari satu penguasa ke satu penguasa yang lain. Bagaimanapun, masih tiada berita bagaimana berlian berukuran 106 karat itu ditemui buat pertama kali.

Banyak kisah tentang sejarah Kahinoor yang diceritakan oleh orang ramai. Salah satunya adalah cerita yang mendakwa Kahinoor mempunyai sumpahan terhadap sesiapa yang memilikinya.

Ada juga lagenda yang mengatakan individu yang menyimpan Kahinoor akan menguasai dunia, namun akan menghadapi kemalangan.

Kohinoor Queen Afp 650X400 81461223373 5E5F575Ad6B15

Sejarah Kahinoor jatuh ke tangan British

Untuk rekod, berlian itu telah diberikan kepada British pada tahun 1849 sebagai salah satu pertukaran untuk satu perjanjian yang ditandatangani oleh Maharaja Lahore selepas perang Anglo-Sikh.

Selepas mangkatnya Ratu Elizabeth II, rata-rata warga India berpendapat berlian tersebut patut dipulangkan semula kepada negara mereka. Hasil tinjauan di Twitter mendapati hampir kesemua warganet India berpendapat serupa.

https://twitter.com/vanshikavaze/status/1568287482067959808

Sebelum ini, kerajaan India pernah menuntut kembali berlian Kahinoor daripada Britain, namun permintaan tersebut ditolak dengan tegas.

Kredit: Hindustan Times

BACA: Raihan Kongsi Gambar Throwback, Pernah Dijemput Ratu Elizabeth II

Capture 8

Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.