in

Selepas 50 Tahun Diharamkan, Filem Bollywood Kembali Ditayangkan Di Pawagam Bangladesh

Filem Bollywood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lebih 50 tahun, rakyat Bangladesh akhirnya berpeluang untuk menonton filem Bollywood di pawagam Bangladesh. Filem blockbuster Shah Rukh Khan berjudul Pathaan, mula ditayangkan secara penuh pada Jumaat lalu buat kali pertama selepas lebih setengah abad.

Filem berkisarkan tentang pengintip itu berjaya memecahkan rekod box office semenjak mula ditayangkan di India pada Januari lalu.


Ditambah pula dengan faktor Shah Rukh Khan yang mempunyai pengikut besar dari seluruh dunia.

M7Addccb6J6Savmnbjuc7R44Ja

Terdahulu, Bangladesh mengharamkan filem Bollywood dari negara jirannya, India selepas kemerdekaan pada 1971.

Ini adalah sebagai usaha kerajaan untuk menyokong filem tempatan, meskipun sebelum itu India menyokong Bangladesh dalam perang kemerdekaan antara Pakistan.

Sebelum ini, pihak berkuasa pernah cuba untuk menarik semula larangan ini pada 2015, namun usaha itu menerima bantahan dari bintang filem tempatan lalu memaka pihak pengusaha untuk menghentikan tayangan.

Untuk rekod, kerajaan Bangladesh mengeluarkan notis pada bulan lalu membenarkan 10 filem dari negara India atau Asia Selatan diimport dalam setahun.

Pawagam Bangladesh mengalami kerugian besar memandangkan filem tempatan mempunyai kualiti yang rendah dan tidak mampu untuk menyaingi kehebatan filem Bollywood. Kebanyakan pawagam yang mengalami kerugian ditukar kepada pusat beli-belah dan pangsapuri.

Kredit: Harian Metro

BACA: 7 Filem Jackie Chan Yang Best Teruk, Sarat Dengan Aksi Dan Jenaka!

Cats 28

Sumber: The National

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.