in

Selepas 40 Tahun Pupus, Pelajar PhD Teruja Temui Semula Spesies Kerang ‘Rare’ Di Pahang

spesies kijing air pupus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar doktor falsafah (PhD) dalam bidang genetik dan ekologi ikan paya gambut baru-baru ini mendakwa telah menemui spesies kerang atau kijing air tawar yang dipercayai telah pupus 40 tahun lalu.

Menerusi klip video di TikTok Azamuddennnasir berdurasi lebih empat minit berkenaan menjelaskan spesies kijing air tawar itu telah ditemui di sebuah sungai di Pahang.


Menurutnya yang menjumpai kerang tersebut, ianya sudah disahkan oleh pakar kerang dan nama spesies berkenaan ialah ensidens ingallsianus, satu  spesies kijing air tawar.

kijing air pupus

Lebih menarik, kerang berkenaan hanya ada di kawasan yang tidak dinyatakan tersebut walaupun dahulunya taburan haiwan berkenaan adalah lebih luas di Semenanjung Malaysia suatu ketika dahulu dari sempadan Thailand hingga ke Kuala Pahang di Selatan.

Menceritakan tentang penemuan tersebut, dia menerokai kawasan tersebut tanpa sengaja dan memang menemukan banyak spesies kerang berlainan jenis dan salah satunya ensidens ingallsianus atau dipanggil kijing biji nangka oleh orang Pekan, Pahang.

Tambahnya lagi, spesies kijing air tawar yang pupus berkenaan telah dibuat kajian dan bancian teliti di seluruh Malaysia, namun tidak ditemukan.

@azamuddeennasir Kenali spesis kerang/kijing air tawar yg dipercayai telah pupus! Inilah dia Kijing Biji Nangka (Ensidens ingallsianus). Spesis ini mempunyai taburan yg luas di Semenanjung Malaysia suatu ketika dahulu dari sempadan thailand hingga ke Kuala Pahang di Selatan. Tetapi spesis ini telah dipercayai pupus di Malaysia selama 40 tahun mengikut tinjauan yg mendalam. Rekod terakhir ialah pada tahun 1977 di Tasik Chini. #kijing #Hutantalk #sains ♬ original sound – AnakUmiSukaHutan

Berikutan penemuan tersebut, dia telah mengambil beberapa spesimen sebelum diawetkan dan dihantar ke pakar kijing air tawar di Malaysia iaitu Dr Alexander.

Teruja dengan penemuan berkenaan, dia berkata analisis DNA akan dilakukan ke atas kijing berkenaan selain akan membuat kertas kajian tentang kijing yang berbentuk memanjang dan bujur itu.

Menurutnya, terdapat 19 spesies kijing air tawar di Malaysia dan satu daripadanya merupakan spesies ‘pendatang’ dan penemuan ini disifatkan sebagai rekod baharu selepas 40 tahun spesies ini ditemui di sini.

Dalam pada itu, dia menjelaskan spesies kerang sangat sensitif kepada perubahan air selain ia memerlukan ikan untuk melengkapkan kitaran pembesarannya.

Melalui penerangan dalam video tersebut, disampaikan bahawa ensidens ingallsianus dahulu memiliki penyebaran luas di Semenanjung Malaysia, bermula dari sempadan Thailand hingga ke Kuala Pahang di selatan.

Namun demikian, menurut penyelidikan mendalam, ia diyakini telah pupus di Malaysia selama 40 tahun, dengan catatan terakhir ditemukan pada tahun 1977 di Tasik Chini.

komen netizen kijing air

Sementara itu, pelbagai reaksi netizen terhadap penemuan spesies itu dan mengharapkan lokasi penemuan itu dirahsiakan demi masa depan spesies tersebut selain mendakwa ada menemuinya di lokasi masing-masing.

Baca :  “Dah lima tahun tak nampak” – Jabatan Perikanan Dedah Pendaratan Penyu Semakin Merosot

ft penyu belimbing malaysia

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.