in

Selepas 3 Tahun, Harimau Kumbang Akhirnya Masuk Perangkap Perhilitan

Harimau Kumbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk di Kampung Tumang, Johol, Negeri Sembilan akhirnya boleh menarik nafas lega selepas seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5kg berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Ahad lalu.

Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri, pihaknya menerima maklumat mengenai haiwan tersebut pada jam 7.40 pagi.


Petugas Perhilitan juga mengesahkan harimau kumbang itu mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher.

Difahamkan, kehadiran harimau kumbang ini telah lama mengundang kebimbangan penduduk kampung.

Artikel berkaitan:  “Ingatkan anak kucing, sekali Black Panther” –  Ranjer Hutan Jumpa, Pelihara Anak Harimau Kumbang Hampir Mati

Artikel berkaitan: Harimau Kumbang Dilanggar MPV, Disahkan Maut Oleh Perhilitan

Harimau Kumbang
Harimau kumbang yang akhirnya berjaya dijerat PERHILITAN.

Sejak tiga tahun lalu, Perhilitan telah berusaha menangkap haiwan ini selepas menerima banyak aduan.

Namun, beberapa perangkap yang dipasang sebelum ini gagal menjeratnya kerana saiznya yang besar.

Selepas pelbagai cubaan, Perhilitan akhirnya membuat keputusan menggunakan perangkap harimau belang, yang akhirnya berjaya menjerat harimau kumbang ini.

Menurut Faizal Izham, haiwan tersebut kini akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk menerima rawatan sebelum dilepaskan kembali ke habitat asalnya.

Selepas tiga tahun ‘main sembunyi-sembunyi’, harimau kumbang ini akhirnya berjaya ditangkap!

Kredit: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.