in

Selepas 20 Hari Hilang, Muhammad Danish Akhirnya Ditemui Selamat Di Dataran Merdeka

F2 Pelajar Hilang Ditemui Selamat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar tingkatan 1 yang sebelum ini dilaporkan hilang akhirnya ditemui dalam keadaan selamat selepas 20 hari, lapor Sinar Harian.

Muhammad Danish yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Rembau, Negeri Sembilan pada mulanya dilaporkan hilang apabila pelajar itu didapati tidak berada di asrama sekolahnya pada kira-kira jam 11 malam oleh warden asrama.


4 5

Difahamkan, remaja itu ditemui di Dataran Merdeka iaitu lokasi terakhirnya dia dilihat oleh orang awam.

Bapa remaja tersebut iaitu Muhammad Addam Wahab mengatakan dia mendapat maklumat tentang keberadaan anaknya menerusi perkongsian di media sosial Joseph Kalang Tie iaitu pemain bola sepak Kuching City yang terserempak dengan pelajar tingkatan 1 itu ketika pemain itu sedang bersenam dengan rakan sepasukannya.

Setelah berhubung dengan Joseph, Muhammad Addam terus ke Kuala Lumpur untuk mencari anaknya itu di sekitar Chow Kit dan Pudu.

3 5

Artikel Berkaitan: Remaja 16 Tahun Hilang Ketika Mendaki Bukit Broga Ditemui Maut, Ini Kronologinya…

Artikel Berkaitan: Hilang Selama Sebulan, Polis Sahkan Rangka Manusia Di Kebun Durian Milik Remaja Hilang

Muhammad Danish akhirnya ditemui di Dataran Merdeka.

Bapa remaja itu bersyukur anaknya itu ditemui dengan selamat juga akhirnya dan menurut pihak polis juga, remaja itu akan dipindahkan ke sekolah yang berdekatan dengan rumahnya oleh bapanya nanti.

Difahamkan, ketika remaja itu melarikan diri ke Kuala Lumpur, dia telah bertemu dengan seorang lelaki dan memberitahu lelaki itu dia mahu mencari kerja.

Dia kemudiannya diberi pekerjaan menjual kek.

Alhamdulillah, semuanya selamat dan adik ini juga telah kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat. 

Sumber: Sinar Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.