Selepas dua orang anak bersama, antara pemain boleh sepak terhandal abad ini iaitu Christiano Ronaldo akhirnya melamar teman wanitanya, Georgina Rodriguez selepas hampir 9 tahun bercinta.
Dalam hantaran di Instagram miliknya, Georgina memuat naik gambar cincin di jari manisnya dengan kapsyen yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris berbunyi: “Ya, saya setuju, dalam ini dan sepanjang hidup saya.”
Artikel berkaitan: “Luar biasa!” – Agensi Pelancongan Tawar Pakej Umrah Termasuk Tonton ‘Match’ Cristiano Ronaldo
Artikel berkaitan: Ingin Jumpa Cristiano Ronaldo, Peminat Bola Sepak Dari China Sanggup Kayuh Basikal Sejauh 13,000km
View this post on Instagram
Ronaldo dan Georgina memiliki dua orang anak perempuan bersama – Alana, 7, dan Bella, 3 – manakala saudara kembar Bella dan Angel meninggal dunia ketika mereka dilahirkan.
Georgina juga membantu membesarkan tiga anak Ronaldo yang lain iaitu Cristiano Jr, 15, Mateo, 8, dan Eva Maria, 8.
Pada Disember lalu, Ronaldo turut mencetuskan tanda tanya ketika menghadiri Anugerah Globe Soccer di Dubai kerana menyebut nama Georgina sebagai isterinya, namun pada ketika itu mereka difahamkan masih belum pun bertunang.
Pasangan itu difahamkan tinggal bersama di Dubai, Cristiano kini menjadi tunggak utama pasukan Arab Saudi, Al-Nassr FC.
Sumber: ESPN Singapore