Bagi mereka yang bekerja di tengah-tengah ibu kota dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu tren, pasti akan tahu eskalator di KLCC itu dah lama rosak. Difahamkan, ianya terbiar agak lama.
Bagaimanapun, baru-baru ini ada seorang pengguna TikTok @zimilx kongsikan satu video pada 2 hari lepas menunjukkan bahawa ianya kini sudah dibaiki.
Lepas 1000 tahun
Kalau kita perhatikan, semenjak terbentuknya Kerajaan Perpaduan dan nama jemaah kabinet menteri diumumkan, ada perubahan yang kita dapat nampak, kadang-kadang ianya nampak kecil tetapi memberikan impak yang besar.
Kita semua sedia maklum bahawa Anthony Loke telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, jadi dengan melihat eskalator di KLCC yang telah dibaiki ini, ramai netizen menghargai tugasan dan tanggungjawabnya dalam mentadbir sistem pengangkutan di Malaysia.
Ucapan penghargaan itu diberikan menerusi ruangan komen video pengguna TikTok yang kongsikan rakaman eskalator kembali beroperasi bersertakan satu gurauan sinis terhadap kerosakan itu.
“Lepas 1000 tahun akhirnya eskalator tren dekat KLCC ni dah dibaiki.”
@zimilx After 1000 years, we can finally see some improvement at the KLCC subway station.
Terima kasih Anthony Loke – Netizen
Hurm, dia perasan mungkin yang sebelum ini kot, yang masa dia senyap-senyap naik LRT tu. Bravo Anthony Loke!
Baca : Menteri Pengangkutan Senyap-senyap Naik LRT Kelana Jaya, Pantau Servis Tren Waktu ‘Peak Hour’