Kalau anda perasan sejak kemelut antara Palestin dan Israel baru-baru ini, ramai influencer, artis dan orang awam di Malaysia mula menyebarkan awareness yang berpihak kepada Palestin. Disebabkan itu, ada posting mengenai negara tersebut dihentikan sehinggalah akaun media sosial mereka kena shadow-ban.
Artikel berkaitan: “I’m not afraid to lose job” – Pengakuan ‘Berani’ Bella Hadid Sokong Palestin Buat Ramai Kagum
Artikel berkaitan: “Takut kena banned ke?” Netizen Tak Setuju Alasan Influencer Kenapa Tak Kongsi Isu Palestin
@hazemanhuzir Komen “nampak” kalau nampak
@hazemanhuzir Part 2. Komen “nampak” kalau nampak.
Semalam, Hazeman Huzir telah memuat naik dua video di TikTok bersama Heliza Helmi dan Hazwani Helmi. Mereka berkongsi mengenai 6 tips untuk elak kena shadow-ban jika membuat hantaran tentang Palestin di media sosial.
1. Selang-seli posting
Hazeman berkata, hantaran tentang Palestin mestilah diselang-selikan dengan hantaran tentang perkara yang lain supaya sistem di media sosial tidak dapat mengenalpasti anda sedang fokus isu Palestin.
2. Tulis di aplikasi notes, screenshot dan post
Jika mahu menulis perkataan ‘Israel’ dan ‘Palestin’ di media sosial, tulis dahulu perkataan tersebut di aplikasi notes dalam telefon pintar, screenshot, kemudian letak gambar perkataan itu di story ataupun feed anda.
3. Buat ejaan salah
Elakkan mengeja perkataan yang betul dan tepat seperti ‘Israel’ dan ‘Palestin’ ketika membuat posting. Sebaliknya, gabungkan perkataan tersebut dengan simbol-simbol, sebagai contoh ‘1$RA3L’ dan ‘F4L3ST1N’.
4. Restart telefon pintar anda jika aplikasi Instagram tidak boleh dibuka
Dalam video ini juga, Heliza dan Hazwani Helmi turut berkongsi tips yang ke-4 apabila Instagram mereka tidak dapat dibuka. Solusinya, anda hanya perlu restart semula telefon pintar anda.
5. Letak link sumbangan di profile ataupun bio media sosial
Jika mahu berkongsi link sumbangan untuk Palestin, elak menggunakan pelekat link di story Instagram secara kerap dalam masa 24 jam. Tambah Hazeman, Instagram tidak menggalakkan penggunanya mempromosi perkara di luar aplikasi itu dan apabila algorithm Instagram dapat mengesan perkara ini, views anda di platform tersebut akan menurun.
6. Buka Sensitive Content di setting media sosial
Cara-cara untuk membuka sensitive content di Instagram adalah anda hanya perlu tekan di bahagian setting and privacy, tekan suggested content, kemudian tekan sensitive content. Di bahagian ini, anda pilih more untuk melihat lebih banyak kandungan yang sensitif di Instagram.
Moga 6 tips ni berguna untuk korang!
Sumber: TikTok