Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan kini sedang menjadi tumpuan netizen apabila dia kongsikan detik mesra dengan kekasih, Jefri Nichol di media sosial.
Hantaran yang dibuat menerusi InstaStory itu memperlihatkan pempengaruh tersebut meletakkan kaki di atas riba kekasihnya itu.
Artikel berkaitan : Neelofa Sudah Jalankan Tanggungjawab Nasihat Adik, Minta Netizen Jangan Kecam Ameera Khan
Artikel berkaitan : “Ameera tutup dulu” – Netizen ‘Impress’ PU Riz Tegur Ameera Khan Terselak Tudung Ketika ‘Live’
Ia mendapat perhatian netizen di Threads dan sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen kerana aksi mesra tersebut dilakukan di hadapan ahli keluarga mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menasihati Ameera Khan agar melangsungkan perkahwinan dengan segera. Malah, ada juga yang syak kemungkinan mereka sudah berkahwin kerana dilihat begitu rapat bersama.
Sebelum ini, Neelofa pernah menyatakan bahawa dia sudah menegur dan menasihati Ameera Khan dan mohon hentikan kecaman terhadap adiknya itu.