in

“Selamba bercium dekat public” – GF Chris Evans Curang Dengan Pelakon Dah Kahwin, Dominic West

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh!


Baru-baru ini, pelakon Lily James dilihat bercium dengan pelakon Dominic West ketika pasangan ini sedang bercuti di Rome Ahad lalu. Kalau korang nak tahu, Dominic West telah pun berkahwin dengan Catherine FitzGerald manakala Lily pula dikatakan bercinta dengan pelakon Captain America, Chris Evans.

149144 Untitled Design 77

Pun begitu, “pasangan kekasih” ini kelihatan tak kisah bermesra secara terbuka di tempat awam yang dikelilingi paparazi.

Menurut Perez Hilton, Dominic dan Lily dikatakan sedang membuat penggambaran miniseries “The Pursuit of Love”.

Tak cukup dengan itu, Dominic dan Lily kemudiannya dilihat bersiar-siar pada hari Isnin menaiki skuter elektrik bersama-sama sambil menikmati pemandangan di Itali.

Nintchdbpict000614051699 1

Dominic dan isterinya telah pun berkahwin sejak tahun 2010 dan telah pun memiliki empat orang cahaya mata bersama. Sebelum gambar-gambar skandal ini tular, tiada laporan mengenai rumah tangga pasangan ini goyah.

Sumber terdekat dengan isteri Dominic mengatakan yang Catherine telah pun melihat gambar-gambar tersebut dan mengakui dia terkejut dan kecewa.

Catherine cuba untuk cakap dengan Dominic tapi dia tak jawab telefon. Dia memang terkejut sebab tak tahu apa-apa dan hubungan dorang pun baik-baik je.”

Dalam gambar-gambar yang tersebar ini juga, Dominic dilihat dah tak pakai cincin kahwinnya masa keluar bersiar-siar dengan kekasihnya itu.

Namun, Rabu lalu, Dominic dan Catherine telah keluar dari rumah, dan tunjuk pada jurugambar yang mereka masih lagi bersama dan perkahwinan mereka masih kuat.

Dominic West

 

Baca: Pelamin Anganku Musnah! 7 Kisah Perceraian Selebriti Terpanas Sepanjang 2019 #Throwback2019

Screenshot 2020 10 16 At 2.54.38 Pm

Sumber: WION
Sumber: The Sun
Sumber: Page Six

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.