Bukan semua bernasib baik. Bukan semua dapat nikmati hidup seperti yang mereka inginkan. Bukan semua dapat hidup senang tanpa memikirkan masalah kewangan.
Seperti status yang di post Hasnul Zulkarnain yang mendapat lebih 4ribu share ini.
Bayangkan jika anda di tempat mereka. Satu motor, berlima dengan perjalanan sebegitu jauh. Anak-anak masih kecil, tanpa helmet dan perlu dipegang erat kerana bahaya di atas jalan raya. Bayangkan kepenatan mereka. Bayangkan kepanasan yang mereka rasai sepanjang perjalanan. Bayangkan kesakitan mereka (sakit pinggang, tangan etc). Bayangkan jika sesuatu yang buruk terjadi (Nauzubillah).
Di saat anda berseronok dengan keluarga, naik kereta ada bumbung ada aircond, ada yang sedang menahan kepanasan, kepenatan dan kesakitan di luar sana. Kalau jumpa orang sebegitu, sedekah sedikit wang untuk mereka. Sekadar kemampuan kita, siapa tahu wang kita mereka dapat guna utnuk beli air satu keluarga ketika mereka haus (lagi-lagi ketika waktu panas).
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu dustakan” – Surah Ar-Rahman, Ayat 13