Kalau sebelum ini Youtuber pasangan suami isteri, Sugu Pavithra katanya telah memadam kesemua video daripada channel Youtube mereka, hari ini pasangan tersebut membuat kejutan katanya akan kembali semula di saluran mereka selewat-lewatnya petang ini.
Menurut Harian Metro, M. Sugu berkata, dia menjangkakan video baru akan dimuat naik di Youtube mereka pada petang ini setelah selesai segala perbincangan dengan beberapa pihak.
Dalam pada itu, Sugu juga mengakui telah memadam 98 buah video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lepas atas faktor peribadi.
“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi Bernama.
Tambah Sugu lagi, dia yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput mengakui hilang sumber pendapatan akibat daripada tindakan memadam kesemua video di Youtube mereka.
“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya.
Sugu dan Pavithra juga pada masa yang sama berterima kasih kepada 787,000 orang subsribers setia mereka.
Wah ada video baru ye! Sama-sama kita nantikan.