Satu video tular di Facebook sejak malam tadi apabila ada individu yang dikenali sebagai Nur Azwaa kongsikan kejadian buli dalam kalangan kanak-kanak.
Dalam video yang berdurasi 2 minit 4 saat itu, dilihat seorang budak lelaki dibuli beramai-ramai, lebih mengejutkan ada budak kecil yang turut sama melakukan perbuatan kejam semasa mangsa bergelut dengan salah seorang pelaku.
Artikel berkaitan : “Penatlah baik m*ti..” – Pelajar Darjah 1 Trauma Dibuli, Luah Kepada Ibu Ingin M*ti
Artikel berkaitan : Murid Tahun 4 Ditemui M*ut Di Sekolah, Polis Klasifikasi Sebagai Kes Buli
Malah turut dilihat mangsa berusaha keras untuk mempertahankan diri saat dia dihempap oleh pelaku dan diseret sebelum dipukul beramai-ramai lagi.
Di pengakhiran video itu, pelaku berlalu pergi sambil membiarkan mangsa rebah yang kelihatan seperti sudah kelemahan.
Menurut pemilik video, mangsa merupakan ahli keluarganya sendiri, dakwa Nur Azwaa, mangsa di perlakukan dengan kejam sehingga pengsan. Malah, difahamkan, durasi kejadian itu berlaku agak lama sebelum video tersebut dirakam lagi.

“Sumpah gigil tengok budak ni kena pukul, kena Buli sampai macam ni, rupanya keluarga aku sendiri.”
“Selama ni tengok orang luar je kena, bila jadi kat keluarga sendiri Sayu hati tengok Macam tu sekali Kena pukul kena pijak, sampai pengsan.”
Dapat info sebelum kena rakam pun dah teruk kena pukul, kena pijak, berapa lama adik bergelut sorang-sorang melawan, sayu hati tengok sampai bila buli ni nak berterusan?!”

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan dan dikatakan kejadian ini berlaku di sebuah taman permainan yang dipercayai berlaku di Jasin.
Ketua Polis Daerah Jasin Superintendan Lee Robert memaklumkan sehingga pagi hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenainya.
Sumber : Harian Metro, Facebook
