in

Selama Ini Ingatkan Sweet, Tapi Sebenarnya Maksud Lagu You’re Beautiful – James Blunt Ni Agak Scary

Ft James Blunt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Generasi 80’s dan 90’s pasti korang akan ingat dengan lagu hit pada tahun 2005 yang berjudul You’re Beautiful nyanyian James Blunt kan?

Bila dibaca liriknya sangat sweet dan romantik, ia seperti satu nyanyian syahdu buat kekasih, namun sebenarnya ia membawa satu maksud lain.


 

Lagu ni pasal stalk GF orang – James Blunt

Menerusi LAD BIBLE, baru-baru ini James Blunt ada muncul dalam sebuah program temubual yang dinamakan The John Bishop Show, dia menjelaskan bahawa tidak dinafikan lagu itu ditujukan buat seorang gadis tapi ianya daripada aspek lain.

“Ianya mengenai stalk teman wanita orang lain dekat (subway/keretapi bawah tanah) ketika saya sedang high (berkhayal)..tapi orang pergi pasang lagu ini semasa di majlis kahwin, tapi sebenarnya lagu ini bukanlah lagu romantik sepertimana yang anda semua anggap.”

Tahun 2006, James Blunt pernah memberikan kenyataan bahawa lagu ini bukanlah lagu cinta yang indah, lagu ini mengenai seorang kaki khayal yang sedang berimaginasi dengan teman wanita orang.

“Kisah tentang saya terjumpa bekas teman wanita saya di satu ruang di bawah tanah [subway], di London, dengan teman lelaki baharunya, yang saya tak tahu kewujudannya. Saya dan gadis itu bertentang mata dan tertarik antara satu sama lain dan menikmati salah satu detik terindah buat seketika (ianya merujuk kepada imaginasi nakal tentang gadis itu)”

Lapor sumber, sejak daripada kenyataan itu dibuat, ramai yang cancel lagu ini. Oleh sebab itu, James Blunt menasihati orang ramai agar tidak memainkan lagu ini dalam majlis kahwin.

Pendek kata ianya bukanlah lagu sweet tapi lebih menjerumus kearah imaginasi kotor (pervert) yang mungkin menjadi ancaman kepada wanita.

 

Baca :  “Rupa-rupanya diambil daripada kisah…” Maksud Sebenar Disebalik Puitis Indah Lirik Lagu Hati Kama

Hatikama 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.