Tidak dapat menerima kekalahan, seorang kaki judi tegar menghabiskan nyawa isterinya sendiri dalam satu kejadian baru-baru ini. Menurut Mirror, Jalal Uddin, 47, didapati bersalah membunuh isterinya Asma Begum selepas menetak wanita itu dengan pisau pemotong daging pada September 2016.
Sehari sebelum kejadian yang berlaku di Canning Town, London Timur itu, Asma minta Jalal untuk tolong keluarkan wang simpanannya sebanyak £200 (RM1,026) bertujuan untuk membayar bil dan beli barangan keperluan harian.

Namun, selepas keluarkan duit tu Jalal sebaliknya menggunakan duit itu untuk pergi berjudi di premis mesin perjudian dan dilaporkan kalah dalam pertaruhan.
Selepas dia keluarkan duit itu, Jalal terus pergi premis perjudian itu.”
Ketika pulang ke rumah, Jalal bertengkar dengan Asma kerana tabiat berjudinya itu dan akibat bengang dia terus ambil pisau pemotong daging, tetak isterinya sebanyak sekurang-kurangnya 58 kali di kepala, muka, leher dan belakang.
Terlalu banyak kesan tetak di mukanya sehinggakan ahli patologi yang periksa mayat tidak dapat mengira jumlah tetakan. Tangannya juga sangat teruk dan tangan kirinya hampir terputus di bahagian lengan.”

Asma dikatakan pernah membuat laporan mendakwa Jalal mempunyai ketagihan judi yang teruk dan dia sering menjadi mangsa dera suaminya jika kalah atau tidak memberinya wang untuk berjudi.
Menurut pendakwa raya, Danny Robinson, Jalal bekerja sebagai chef namun selalu sangat habiskan gajinya untuk berjudi. Disebabkan itu Asma terpaksa menanggung keluarga termasuk membayar bil, makanan dan pakaian.
Mangsa pernah mengadu dia terpaksa memberi wang kepada suaminya untuk berjudi supaya tidak dipukul lelaki itu.”
Selepas perbicaraan selama beberapa hari, mahkamah di London memutuskan Jalal bersalah di atas tuduhan membunuh dan menetapkan tarikh hari ini untuk menjatuhkan hukuman.
Bahayanya kalau sampai dah terlampau ketagih judi macam ni…