in

Selalu Kena Tanya Masa TikTok ‘Live’, Ubai Nafi Tuduhan Duduk Serumah Dengan Shila

Ft Shibai Nafi Duduk Serumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah percintaan influencer, Ubai dan kekasihnya, Shila Amzah sekali lagi menjadi bualan warganet apabila mereka kerap dilihat membuat TikTok ‘live‘ bersama di rumah sehingga ada spekulasi yang timbul mengatakan bahawa mereka bersekedudukan. Ye ke ni?

Susulan perkara tersebut, Ubai telah tampil dan menafikan tuduhan warganet berkenaan isu terbabit.


https://www.instagram.com/p/Cn3yLIzJs4c/

Walaubagaimanapun, Ubai mengaku, dia pernah beberapa kali datang ke rumah Shila untuk tujuan berbuka dan juga moreh bersama, namun Ubai tidak datang seorang diri kerana dia selalu membawa rakan-rakan kerjanya sekali.

“Sha memang duduk seorang diri. Kadang-kadang saya ajak kawan-kawan tempat kerja untuk berbuka puasa atau moreh di rumahnya.”

“Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ dalam TikTok, pasti ada yang bertanya sama ada kami tinggal serumah atau tidak. Kami pun sudah lali apabila kerap ditanya dengan soalan yang sama,” jelasnya.

https://www.instagram.com/p/ClGQme1JiLR/

Menurut Ubai, semasa dia melakukan “live’ di aplikasi TikTok pasti ada warganet yang mengajukan soalan sama berkali-kali sehingga membuatkan dia muak menjawab soalan berkenaan.

Selain itu, Ubai juga menjelaskan bahawa dengan kondisi ibunya sekarang yang kurang sihat tidak mungkin dia duduk sebumbung bersama Shila kerana dia mahu fokus dengan menjaga ibunya.

“Nak cakap duduk serumah itu jauh sekali. Apatah lagi ibu saya sekarang pun kurang sihat. Jadi fokus untuk ibu saya lebih utama,” katanya.

Tambah Ubai lagi, Shila amat professional ketika menangani isu tersebut kerana dia sudah lama berada dalam industri jika dibandingkan dengan dirinya yang masih lagi baru.

Terdahulu, kisah percintaan Shila dan Ubai menjadi perhatian warganet apabila Ubai dilihat membeli sebentuk cincin untuk Shila, dikatakan sebagai tanda kepada hubungan mereka yang dijalin pada awal tahun ini.

Hmm tulah semua andaian je, kan tuan badan sendiri dah bagi jawapan.

Sumber : Portal Hiburan, Kosmo!

Baca : “Dah halal ke?” – Mesra Berpegang Tangan, Ubai & Shila Amzah Tarik Perhatian Netizen

Shila Ubai Pegang Tangan 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.