Diterbitkan pada tahun 1997, siapa yang tak kenal dengan lagu Cindai nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza dalam album ketiga penyanyi tersebut yang juga percubaan pertamanya dalam menghasilkan album berentak irama Malaysia.
Sejak dari awal lagu ini diperdengarkan, ramai yang mengaitkan ia dengan vibe seram dan berhantu kerana lagu ini dikaitkan dengan makhluk halus seperti hantu dan pontianak. Min dulu sampai takut nak nyanyi lagu ni malam-malam…
Artikel berkaitan: “Lain macam vibe dia”- Netizen Terpegun Dengar Gubahan Terbaru Cindai Nyanyian Tokti
Artikel berkaitan: “Janganlah complicated sangat ye” – Menari Sebelah Tangan, Siti Nurhaliza ‘Sekolahkan’ Netizen
Penulis lagu perjelas maksud sebenar Cindai
Namun begitu, tular satu klip video podcast dari BSV Channel di YouTube yang memaparkan penulis lirik terkenal, Hairul Anuar Harun menjelaskan maksud sebenar di sebalik lagu Cindai.
Menurut Hairul, Cindai sebenarnya mempunyai dua maksud iaitu ‘si cindai’ yang membawa maksud hantu pontianak dalam bahasa Minangkabau.
Ia juga bermaksud sejenis kain yang berasal dari India dan sangat susah untuk dihasilkan.
@bsvchannel Apa Itu CINDAI? #Cindai #SitiNurhaliza #HairulAnuarHarun #BSVPodcast #DiBelakangTabirBersama #podcast #Malaysia #FYP
“Masa lagu itu dibuat, Siti diboikot wartawan”
Namun menerusi satu lagu video, Hairul menjelaskan cerita keseluruhan lagu ini adalah berkait rapat dengan situasi ketika Dato’ Seri Siti Nurhaliza diboikot wartawan kerana tidak mahu bergambar dengan lelaki.
@bsvchannel CINDAI – Kisah Siti Nurhaliza diboikot? #HairulAnuarHarun #SitiNurhaliza #Cindai #BSVPodcast #DiBelakangTabirBersama #podcast #Malaysia #FYP
Pergi mana orang tak layan, masa tu dia budak lagi kan. So aku ambil momen itu, momen yang orang pulaukan misal kata tapi ia boleh saja bercerita atau berkaitan dengan benda-benda lain.
“Tapi momen boikot tu aku ambil, aku gunakan sebagai motif cerita,” katanya.
Penjelasan tersebut ternyata menolak segala tanggapan mengenai lagu tersebut dikatakan mempunyai vibe seram dan ramai juga memuji bahasa Melayu klasik yang digunakan penulis dalam menyampaikan lagu.
Jarang dah kita nak dengar lagu zaman sekarang ada lirik-lirik macam ni. Lenggok bahasanya memang hebat!