Min percaya korang yang selalu menggunakan lebuhraya Utara-Selatan mesti akan singgah di kawasan RnR Sungai Buloh walaupun hanya sekali je kan?
Sesiapa yang kerap ke sana, pasti akan berjumpa dengan seorang pakcik yang meniaga roti dan juga kek di salah satu kedai. Tambah pula, dia sentiasa memuji hasil air tangan isterinya menyediakan roti yang dijual.
Walau bagaimanapun, semalam netizen dikejutkan dengan berita pemergian pakcik itu. Pakcik roti atau nama penuhnya Wan Yusof Wan Ahmed. Berita sedih itu dikongsikan menerusi pengguna media sosial Twitter @aisyaj. Al-fatihah…
Guys, pakcik passed away today 😔😔😔 Al-Fatihah for pakcik Wan Yusof Wan Ahmed 😔😔😭
& salam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. https://t.co/WsZRH0FkZc
— Aisya J (@aisyaj) January 25, 2022
Pemilik akaun itu membuat quotes tweet yang pernah dibuat sebelum ini pada tahun 2020. Video yang dikongsikan itu menunjukkan telatah pakcik itu membuat ‘deal’ dengan pembeli dan penuh lemah lembut memuji keenakan roti-roti yang dijual.
“Semoga arwah ditempat dikalangan orang beriman”
Sementara itu, meninjau di bahagian replies dan juga quotes yang dibuat oleh pengguna media sosial. Ternyata ramai juga yang pernah membeli dengan arwah pakcik ini malah ramai yang berkongsikan pengalaman mereka berada di kedai pakcik itu.
“Innalillah salam takziah selalu jugak beli roti kt pakcik ni. Dia jual kt pasar mlm hari jumaat kt bukit sentosa. Roti sedap sgt & fluffy”
Bukan itu sahaja, turut ramai mendoakan kesejahteraan pakcik ini supaya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa kemesraan pakcik ini akan dirindui setiap kali singgah di RnR tersebut.
Min sendiri pun pernah beli dengan pakcik ni… Lembut je bila bercakap. Roti dia pun puas bila makan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn…
Baca: Sering Busking Di KL Sentral, Pemergian Abang Meor Buat Ramai Sedih