Agak kecoh dari semalam sehingga ke hari ini apabila Shila Amzah dan adik beradiknya telah berbalah secara terbuka di media sosial sehingga banyak pendedahan demi pendedahan dibuat dari kedua-dua belah pihak.
Gaduh dengan adik beradik ni memang perkara yang normal dalam sesebuah keluargakan? Tapi tak dinafikan juga, ada yang bergaduh sampai putus saudara dan bermasam muka selama bertahun-tahun tau.
Kalau tak percaya, dekat bawah ni kita akan senaraikan beberapa pergaduhan adik beradik yang paling epik pernah berlaku sepanjang zaman di kalangan selebriti Hollywood.
Artikel berkaitan: “Dikerah untuk bekerja..” – Ubai Dedah Shila Amzah Selama Ini Tanggung Keluarga
Artikel berkaitan: “B*doh dia memang pekat sikit” – PA Berang Dipanggil ‘Balaci’ Oleh Adik Shila Amzah
1. Olivia de Havilland dan Joan Fontaine
Dari kecil lagi pelakon dan adik beradik Olivia de Havilland dan Joan Fontaine sering bergaduh berebutkan lelaki, tawaran berlakon serta perhatian ibu mereka yang juga seorang pelakon.
Malah, pada tahun 1942, dua beradik ini pernah dicalonkan dalam kategori pelakon wanita terbaik yang sama namun Joan berjaya menewaskan kakaknya yang memenangi anugerah ini kemudian. Dikatakan, ketika itu Olivia dikatakan enggan mengucapkan tahniah kepada adiknya.
Pergaduhan terbesar kedua mereka pula adalah pada 1975 apabila Joan mengatakan bahawa Olivia sengaja tidak menghubunginya tentang kematian ibu mereka di mana Olivia mengatakan, kalau bagitahu pun Joan mesti sibuk sampai tak sempat nak datang pengebumian.
Selama 40 tahun, dua adik beradik ini telah bermasam muka sehinggalah Joan meninggal dunia pada Disember 2013.
2. Britney Spears dan Jamie Lynn Spears
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Britney dan adiknya Jamie Lynn telah bercakap tentang konservator yang dikenakan ke atas penyanyi ini selama 13 tahun dan baru sahaja ditamatkan pada tahun lalu.
Britney mengatakan yang selepas 13 tahun dia tidak dibenarkan untuk menguruskan wangnya sendiri, dia kini mahu menyaman ahli keluarganya yang dikatakan telah mengambil kesempatan terhadapnya.
Manakala dalam satu temubual, Jamie mengatakan yang dia sentiasa sayangkan Britney dan menyokongnya namun dia tak tahu macam mana hubungan mereka boleh menjadi seperti ini.
Namun di dalam buku yang ditulis, Jamie telah menceritakan mengenai zaman kanak-kanaknya serta pergaduhannya dengan Britney termasuk mendakwa Britney pernah mengurung dia di dalam bilik sambil memegang pisau.
Britney telah menafikan perkara tersebut dan mengatakan adiknya itu cuba mendapatkan wang menggunakan popularitinya.
3. Prince William dan Prince Harry
Sebelum ini, Putera William dan Putera Harry memang selalu bersaing namun ia hanyalah persaingan sihat di antara adik beradik.
Di dalam biografi Harry pada 2014, dia memberitahu bahawa walaupun kebanyakan adik beradik yang muda selalu cemburukan abang atau kakak mereka kerana mendapat perhatian atau keistimewaan yang lebih, namun dia tidak. Ini kerana Harry sedar dia mempunyai lebih banyak kebebasan dari abangnya yang juga merupakan bakal raja.
Namun, pada Januari 2020, Harry dan isterinya Meghan Markle mengumumkan yang mereka tidak mahu lagi memegang tanggungjawab sebagai keluarga diraja dan mahu mencari duit sendiri sebelum berpindah ke California, Amerika Syarikat.
Dalam temubual bersama Oprah, mereka memberitahu bahawa keputusan tersebut telah membuatkan hubungan Harry dan abangnya tegang.
Pada 11 Mac, William memberitahu media bahawa dia dah lama tak bercakap dengan Harry dan walaupun mereka telah bertemu semula ketika pengebumian bapa mereka, hubungan mereka dikatakan masih lagi tegang sehingga sekarang.
4. Julia dan Eric Roberts
Julia Roberts dan Eric pernah bergaduh ketika abangnya ini sedang berlawan di mahkamah untuk kes penjagaan anak iaitu pelakon Emma Roberts.
Sebelum ini, Eric mempunyai isu dengan dadah dan alkohol menyebabkan Julia telah memilih untuk berada di pihak kakak iparnya, Kelly Cunningham semasa kes penjagaan anak berjalan. Malah, pelakon cantik ini turut membantu untuk membayar yuran guaman sepanjang perbicaraan tersebut berlangsung.
Namun begitu, selepas Julia melahirkan anak kembarnya pada tahun 2004, adik beradik ini telah berbaik semula. Eric turut mengatakan yang Julia hanya bertindak sedemikian kerana dia mahu melindungi dirinya serta keluarganya.
5. Kourtney dan Kim Kardashian
Ketika Keeping Up With The Kardashians ditayangkan, memang banyak drama-drama yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Namun antara momen yang paling diingati ramai adalah apabila Kim dan Kourtney telah bergaduh secara fizikal semasa kamera sedang merakam perbualan mereka.
Insiden tersebut berlaku apabila Kim dan Khloe pada awalnya memuji satu sama lain kerana komited dengan kerja-kerja mereka serta turut mengatakan Kourtney tak seperti itu.
Pertengkaran ini kemudiannya bertukar fizikal apabila Kim dan Kourtney mula memukul satu sama lain.
Malangnya, walaupun mereka nampak dah berbaik semula, baru-baru ini Kim dan Kourtney kembali bergaduh di dalam rancangan terbaru mereka The Kardashians apabila kakaknya ini menuduh Kim cuba meniru konsep perkahwinannya dan cuba merampas spotlight daripadanya.
Pertengkaran ini berterusan sehingga Kim mengatakan bahawa orang-orang disekeliling mereka termasuk rakan-rakan rapat dan anak-anaknya sering mengadu bahawa Kourtney sekarang dah berubah.
Manakala Kourtney pula menjawab, dia kini dah tak kisah dengan keluarganya ini dan lebih bahagia dengan kehidupannya sendiri bersama suami barunya, Travis Barker.
Alahai drama!
Sumber: Insider