Umum mengetahui Penjara Kajang kini dihuni oleh dua individu terkenal iaitu bekas Perdana Menteri, Najib Razak serta penceramah selebriti, Azman Shah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman.
Terdapat satu perkongsian oleh @im_hin_othman di TikTok di mana dia menemu bual seorang lelaki yang juga bekas banduan di Penjara Kajang, lelaki itu kemudiannya berkongsi pengalamannya bertemu dengan dua individu terkenal itu.
Artikel berkaitan: Peguam Jangka Najib Akan Dikeluarkan Dari Penjara Dalam Masa Sebulan
Artikel berkaitan: Banduan Pertama Peroleh PhD Ketika Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
@im_hin_othman Pengalaman masuk penjara kajang 4 bulan #najib #najibrazak #fyppppppppppppppppppppppp #fyp
Dia menceritakan, Najib Razak tidak menghuni sel seperti banduan lain, sel yang didudukinya lebih istimewa lengkap dengan mesin senaman serta komputer.
“Kita kat dalam tu semua macam member-member (kawan-kawan). Najib dia special (istimewa) kita panggil dia bosku. Dia punya special tempat tinggal lain dengan kita, dia punya sel sendiri-sendiri (dan) dalam tu pun tidak sama macam kita.
Sel kita macam biasa. Macam Najib ni dia ada basikal senam, ada komputer dan dia special boleh keluar masuk. Kita selalu nampak dia keluar masuk (mungkin) pergi mahkamah naik kereta. Kita pun tidak (anggap pelik) sebab kes (Najib) orang besar (kenamaan),” katanya.
Selain itu, pendakwah selebriti PU Azman pula dikatakan sangat ramah serta sporting, malah dia turut menyampaikan tazkirah setiap hari di penjara itu.
“PU Azman sporting, hari-hari bagi tazkirah macam kat dalam studio. Kita kat sana tercengang tengok, seronok la artis. Kat sana kita macam member-member. Tidak kiralah kamu menteri ke, tukang cuci ke, semua sama,” katanya.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan juga menceritakan di situ ada seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara selama 400 tahun.
Sumber: TikTok