Sekumpulan lelaki beragama Sikh berjaya menyelamatkan dua lelaki yang terjatuh ke air terjun di British Columbia, Kanada beberapa minggu lalu.
Usaha menyelamat itu berjaya disempurnakan oleh 5 lelaki Sikh tersebut selepas diberitahu ada dua orang pendaki memerlukan bantuan. Lelaki-lelaki Sikh itu kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan membuka turban yang dipakai mereka untuk dijadikan tali bagi menyelamatkan mangsa.
Menurut laporan The Sacramento Bee, sebaik mereka mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut, kumpulan pendaki lain meminta mereka menghubungi pihak penyelamat, namun, telefon bimbit mereka tidak mendapat sebarang hubungan kerana mereka berada di kawasan pedalaman.
Salah seorang daripada 5 lelaki Sikh tersebut, Kuljinder Kinda meminta rakan-rakannya yang lain untuk membuka turban masing-masing dan membentuk tali. Hasil daripada gabungan turban kinda dan rakan-rakannya, mereka berjaya membentuk ‘tali’ yang panjangnya kira-kira 33 kaki.
Kemudian mereka melempar ‘tali’ tersebut kepada mangsa yang terjatuh dan menariknya ke tempat yang selamat. Dalam satu video rakaman kejadian, kedengaran kumpulan lelaki Sikh itu berkomunikasi antara satu sama lain bagi memastikan ‘tali’ yang dibina cukup kuat dan ketat untuk menarik mangsa ke tempat yang selamat.
Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan selepas memegang ‘tali’ tersebut yang membantunya melalui batu-batu di kawasan air terjun itu.
Korang boleh tengok video usaha menyelamat itu kat SINI