Semalam kecoh di media sosial bila Ali Puteh memuat naik posting di Instagram menuduh kakak iparnya nak kejar harta arwah abangnya.
Ini dikatakan berpunca dari live Facebook Aliff Shukri menemuramah Hidayah dan bertanyakan soalan-soalan provokasi berkaitan harta peninggalan arwah suaminya, Abam Bocey.
Menurut mStar, dalam temubual tersebut, Aliff pada awalnya hanya bertanyakan tentang apa perancangan balu Abam untuk teruskan kehidupannya dan Hidayah menjawab dia akan meneruskan perniagaan bapanya.
Kemudian, pembantu Aliff Shukri bertanya, bagaimana Hidayah mahu meneruskan perniagaan kerana dengar cerita yang kereta wanita ini telah ditarik?
Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi…”
Aliff Shukri kemudiannya mula bertanyakan tentang harta wasiat Abam. Ini antara perbualan mereka:
Aliff: Khabarnya arwah seorang yang sering bersedekah, bagaimana dari segi harta wasiatnya?”
Hidayah: Saya tak tahu. Belah sana uruskan. Sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma fikir nak besarkan anak sahaja.”
Ekoran dari video dari Aliff Shukri ini, ramai pihak yang tertanya-tanya apa sebenarnya bakal nasib balu arwah Abam dan anaknya ini?
Ada juga yang mempersoalkan kenyataan Ali beberapa hari lalu mengatakan yang dia akan cuba menguruskan harta arwah abangnya itu seadil mungkin.
Posting yang dimuat naik oleh Ali Putih mengecam kakak iparnya itu telah pun dipadam selepas mendapat kritikan oleh netizen dan nasihat selebriti meminta dia untuk tak bawa perkara ini ke media sosial.
Apa apa pun, admin harap perkara ini tak berpanjangan dan ia akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Ameen…