in

“Sekarang makin okay” – Ibu Dedah Anak Kerap Tutup Telinga & Mengamuk Sejak Tengok Pertunjukan Udara

Ibu 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang ibu mestilah risau jika berlaku perubahan ketara pada anak lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan kesihatan.

Anak kerap tutup telinga, nampak takut

Seorang ibu di TikTok @tashaintan_ mendedahkan anak perempuannya kerap menutup telinga sejak menonton pertunjukan udara yang dianjurkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada bulan Jun 2024.


Artikel berkaitan: “Puas Hati?” – Wanita Kongsi Video Anak Terpaksa ‘Admit ’ Hospital Sebab Jadi ‘Secondhand Smoker’

Artikel berkaitan: “Dia trauma..” – Kanak-kanak 12 Tahun Patah Tulang Gara-gara Rakan Tarik Kerusi

Sebelum kejadian, anaknya yang bernama Mikayla itu tidak mengalami apa-apa gejala pelik sehinggalah pada hari pertunjukan tersebut, Mikayla menangis sambil menutup telinga seolah-olah takut akan sesuatu.

Abangnya happy tapi adik menangis tak henti sampai kami terpaksa balik awal. Masa ni pun saya tak fikir apa-apa. Normal anak nangis takut bunyi jet. Kita yang tua pun tutup telinga, sebab semua budak kat situ nangis terkejut.

Selepas pertunjukan tersebut, Mikayla kerap menutup telinganya setiap kali bersiar-siar di luar. Risau dengan keadaan itu, ibu Mikayla membawanya ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan dan doktor berkata Mikayla normal dan tiada tanda-tanda autisme.

Cuma nasihat supaya halang nak dari tutup telinga.. bagi tahu anak tak ada yang bahaya.

@tashaintan_

Membalas kepada @Mama shaa🧚‍♀️ tujuan saya post vtt ni utk mnjelaskn sdikit jln cerita kenapa ank sy jd mcm tu., maaf xsmpt rply komen satu2. Ape2 pun doakan mikayla kembali pulih sedia kala.. terima kasih yg doakn baik2..

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

“Larang tutup telinga lagi mengamuk”

Kata si ibu, keadaan Mikayla semakin teruk di rumah dan akan mengamuk jika dihalang daripada menutup telinga.

Semakin hari, semakin teruk kat rumah. Asyik nangis takut angin, bunyi hujan dan bunyi kapal terbang lalu walaupun slow je. Kitorang larang tutup telinga lagi mengamuk.

Masa ni abang dia main kat luar, dia takut, suruh masuk tutup pintu dan tingkap. Sampai badan susut, tak selera susu, makan..

Bagaimanapun, ibu Mikayla berikhtiar dengan rawatan Islam untuk memulihkan anaknya dan mujur ada perubahan positif pada Mikayla.

Panggil ustaz datang rumah untuk pulihkan semangat dia. Alhamdulillah lepas 1 minggu amal air tawar ustaz, dah nampak sikit perubahan.

13 Ogos 2024, dia makin ok.. tak mengamuk, dah boleh main kat luar.. cuma jet lalu je dia tutup telinga.

Ibu Mikayla juga berharap kisah ini dapat dijadikan pengajaran untuk ibu bapa.

@tashaintan_

Membalas kepada @𝐇𝐈𝐒 𝐩𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 ✞ update terkini 13 ogos 2024 (pagi) die makin ok .. xmengamuk, dh boleh main kt luar , xtakut angin dh.. cuma jet lalu je dia tutup telinga kepada yg komen mcm2 , takda sape pun mintak benda2 xbaik utk ank. saya takde salahkn sape2 pun ,.. mmg salah saya wak . awk yg tak kena lagi ambik jela kisah sy sebagai pengajaran..

♬ Seruling Kalonaho – vmozjr

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama terjadi kepada anak mereka.

Ibu 2 Ibu 3

Ibu 1

Moga Mikayla cepat sembuh!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.