in

“Sekaligus mengurangkan ansuran bulanan” – Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Mungkin Dilanjutkan?

Moratorium2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh moratorium bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akan berakhir September ini.

Berikutan itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kini sedang mempertimbangan dan sedang mengadakan perbincangan dengan institusi perbankan untuk membuat pertolongan secara bersasar. Lapor Astro Awani.


 

Boleh mengurangkan ansuran bulanan dan mengubah terma dan syarat serta…

51595303675 Tengkuzafrul

Ia bertujuan bagi membantu peminjam melunaskan bayaran dengan baik sehingga mereka stabil.

“Antara contoh pertolongan bersasar yang dibincangkan adalah termasuk memanjangkan tempoh pembayaran sekaligus mengurangkan ansuran bulanan dan mengubah terma dan syarat serta mengurangkan kadar faedah sehingga peminjam stabil.”

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar peminjam dapat menghubungi bank untuk mendapatkan bantuan ketika ditemui di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada tempoh moratorium akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Selain itu, Tengku Zafrul juga ada menjelaskan sebanyak RM100 bilion diperuntukan menerusi program moratorium tersebut.

Kata beliau lagi,  selepas sektor ekonomi kembali dibuka mulai 4 Mei lalu, rakyat dan peniaga sudah menjana kembali pendapatan mereka.

Malah, ada dalam kalangan peminjam yang sudah mula membayar semula pinjaman mereka.

 

Baca : “Acah je haritu” -Tak Ada Cas Atau Interest Tambahan Untuk Orang Yang Nak Ambil Moratorium

Moratorium

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.