Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sekali lagi menjadi perhatian antarabangsa apabila ia ditayangkan buat pertama kali di Gaza, Palestin.
Filem epik itu ditayangkan di Gaza bersempena dengan Pameran ‘A Story Behind A Photo’ yang telah dianjurkan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Tayangan perdana itu dikatakan telah menarik lebih ratusan penonton tempatan dan ia ditayangkan melalui platform penstriman Netflix.
Berita baik ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman melalui laman Facebook miliknya.
https://www.facebook.com/nadirtakkoyak/posts/pfbid02nDpH4arAWk1NFLm4NHcwdkQzgzTXWwS3dbeKK1vz2RZepvBrQwNUJGsRQA6kDwuJl
“Sejarah kedua-dua negara Palestin dan Malaysia hampir sama berikutan pernah dijajah serta ditipu dengan alasan membawa kemajuan termasuk dilawan dan dikhianati pembelot.
Bezanya Malaysia telah merdeka, dan Palestin masih memerlukan kita untuk mengecapi apa yang ada di tangan kita.” tulisnya ringkas.
Selain filem yang memaparkan kisah pahlawan Malaysia itu, turut ditayangkan adalah filem bertemakan tentera laut Malaysia, Paskal.
Sebagai info, filem Mat Kilau telah pun ditayangkan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura, filem tersebut telah berjaya mencatat kutipan pawagam sebanyak lebih RM100 juta.
Baca: “Dorang tengok jugak ke?” – Filem Mat Kilau Tersenarai Dalam Top 10 Movies Di Netflix Israel