Memang tabik habis lah dekat individu yang bekerja atau bertanggungjawab menguruskan jenazah orang meninggal dunia seperti penggali kubur sebab dah menunaikan fardu kifayah sebagai umat Islam.
Baru-baru ini, viral pula tentang lima orang pemuda di Indonesia yang telah diupah untuk menjaga kubur orang yang baru meninggal dunia, lapor Tribunnews.
Pekerjaan mereka yang bertempat di kawasan perkuburan di Kalimantan Selatan itu telah dikongsikan menerusi akaun TikTok, oreo_bamban.
@oreo_bamban Wakar Kubur?
Menurut Arsyad Maulana iaitu salah seorang daripada pemuda itu berkata kepada pemberita tempatan bahawa mereka dah tiga tahun bekerja menjaga pusara.
Difahamkan, upah menjaga kubur itu akan dibayar oleh ahli keluarga orang yang meninggal dengan bayaran Rp sejuta sehari (kira-kira RM292). Banyak jugak tu, cuma kena ada keberanian yang tinggi la kan.
Boleh dilihat dalam video terbabit, mereka sedang membaca Al-Quran di kubur itu dan pada waktu malam pula, mereka akan melelapkan mata di samping kawasan itu kerana ada khemah yang dibina khas untuk mereka menjaga pusara tersebut.
Barang keperluan seperti bantal untuk tidur, makanan dan air kopi juga menemani mereka sepanjang tempoh menjaga pusara.
Difahamkan juga, lazimnya, mereka akan diminta untuk menjaga kubur mereka yang telah meninggal dunia selama tiga hari dan sepanjang tempoh itu, mereka akan mengaji Al-Quran.
Sumber: Tribunnews, TikTok @oreo_bamban