Seorang lelaki gembira dan segak bergaya memakai suit siap dengan bow-tie menanti saat disatukan dengan tunangnya. Malangnya, hasrat Yang Feng, 27, tidak kesampaian.
Menurut The Star, tunang Yang, Xiao Hui, 32, menghidap penyakit leukemia dan keadaannya semakin teruk sejak 10 Ogos yang lalu.
So, untuk mengelakkan sebarang penyesalan, Yang menguruskan perkahwinan mereka untuk dijalankan di sebuah hospital dekat Bandar Zhengzhou, tempat tunangnya menerima rawatan.
Luluh hati bila Yang dah bersiap sedia untuk berkahwin dengan tunangnya, tetapi Xiao pula menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit sebelum upacara perkahwinan mereka dijalankan. Sedih…
Lagi sedih bila Yang terpaksa menyampaikan berita tersebut dekat orang ramai yang datang untuk menyaksikan perkahwinan mereka. Menahan air mata, Yang berkata,
“Majlis ni tak dapat dijalankan. Semua orang tolong balik.”
Kalau nak tau Xiao sentiasa jujur pada Yang dan dah pun memberitahu bahawa dia mempunyai penyakit tersebut sejak pertama kali mereka berjumpa.
Kerana sayangkan Xiao, Yang menggunakan 3,000 hingga 4,000 Yuan daripada 5,000 Yuan gajinya setiap bulan untuk membayar rawatan tunangnya itu.
Sewaktu ditemui oleh wartawan, jelas kelihatan Yang sedang bersedih dan memberitahu kesal kerana tidak mengenali Xiao lebih awal.
Kalaulah saya bertemu dengan dia lebih awal.”
Sedihnya. Dorang tinggal nak dikawinkan je, tapi tak sempat. Tak dapat bayangkan perasaan dia masa dapat berita tu…
Baca: “Allah lebih sayangkan you” – Baru Tiga Minggu Berkahwin, Isteri Diduga Suami Mati Langgar Lari