in

Sedih! Bapa Meraung Kesedihan Tengok Anak Usia 3 Tahun Kena Baham Buaya Depan Mata

Anak Dibaham Buaya

Siapa sahaja tidak sedih apabila kehilangan orang tersayang dalam keadaan tragis lagi-lagi kalau ia melibatkan anak sendiri yang berdepan dengan maut.

Itulah yang dilalui oleh seorang bapa di Lahad Datu, Sabah apabila dia hanya mampu melihat anaknya yang berusia tiga tahun itu dibaham oleh sekor buaya.

Baru-baru ini telah tular sebuah posting di Facebook, yang melaporkan sebuah kejadian serangan buaya di Sabah, semasa kejadian tersebut, kelihatan badan si bapa luka teruk dipercayai disambar buaya ketika sedang melakukan aktiviti mendayung perahu bersama anaknya di kawasan laut.

https://www.facebook.com/MYLahadDatu/posts/507102324787524

 

Ketika kejadian itu, bapa mangsa cuba bergelut dengan reptilia tersebut dalam usaha terakhir untuk menyelamatkan anaknya, lapor mStar.

Lelaki itu kemudiannya kedengaran seperti sedang cuba menghadam apa yang baru sahaja berlaku dan sedang meratapi permergian anaknya yang cukup tragis itu.

Dia dilihat hanya merenung jauh ke arah tasik yang menjadikan anaknya korban sambil duduk di gigi air tasik tersebut.

Pihak Bomba lancar operasi mencari

316684585 507102294787527 8948580432061170300 N 2

 

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, seorang mangsa (si bapa) telah berjaya diselamatkan orang awam manakala seorang lagi belum ditemui. Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Asmori Dahhiarsyah berkata, Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu sedang menjalankan operasi Search and Rescue (SAR) menggunakan bot di kawasan kejadian.

Bagaimanapun, sehingga hari ini operasi SAR mencari mangsa diteruskan di perairan Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin.

317845296 507102151454208 7710581343202768361 N

Difahamkan kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa itu berusia tiga tahun dan ketika serangan itu, dia berada bersama bapanya yang dikenali sebagai Morehat, 45, lapor Sinar Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, SAR dimulakan seawal jam 7 pagi di lokasi pesisir laut kawasan berkenaan.

“Operasi SAR dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan atas air di kawasan pesisir laut berkenaan, katanya.

Sumsoa berkata, sehingga kini belum ada tanda kanak-kanak itu ditemui dan operasi masih diteruskan.

Semoga operasi pencarian mereka ini berjalan dengan lancar…

Baca : [VIDEO] Lelaki Kongsi Cara Cuci Kandang Buaya, Netizen Pula Rasa Seriau!

534Rwegwefd 758X399 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook