Setiap manusia dilahirkan dengan bakat yang tersendiri, kadang kita tak sedar yang kita mempunyai bakat dalam sesuatu bidang. Jika diasah lebih, kita boleh pergi jauh dalam bidang yang diceburi.
Cakap mengenai bakat, baru-baru ini viral! Seorang pengawal keselamatan yang sedang mengambil suhu di sebuah pusat beli-belah di Bachang, Melaka menyanyi.
Aksi selamba itu telah dirakam oleh rakannya dan dimuat naik di media sosial. Tanpa disedari video nyanyian itu telah menjadi viral.
Menerusi akaun Instagram Zarulgriezmann, rakaman aksi selamba kawannya itu telah berjaya meraih lebih 500,000 tontonan. Memang sedap weyh suara abang ni…
https://www.instagram.com/p/CBNqcD1AAsS/
Selepas video ini tular di media sosial, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Akmal berkata dia tak sangka video nyanyian itu boleh viral dan disukai ramai.
Lebih mengejutkan, lepas viral video itu ada yang sanggup datang dari KL ke pusat beli-belah itu semata nak tengok nyanyiannya
Saya hanya menimbulkan kelainan sahaja, tambahan situasi kebimbangan orang ramai berkaitan pandemik COVID-19 mendorong saya untuk menceriakan mereka” – Akmal
Video nyanyian pengawal keselamatan ini telah mencuri tumpuan netizen, malah dia juga telah mencuri perhatian penyanyi asal lagu tersebut iaitu Achey Bochey. Achey siap repost weyh…
Macam nak pergi check suhu lah
Sempoi gila…
Mantap ah suara dia…
Bekas Penyanyi Ditipu
Menerusi Berita Harian, Akmal dahulu adalah bekas penyanyi yang mempunyai satu single. Malangnya dia telah ditipu oleh pihak produksi.
Memang dia selalu buat persembahan terbuka, atas penularan wabak berbahaya ini dia stop dahulu bidang nyanyiannya dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Nak dengar lagu Akmal boleh klik sini.