Pada Rabu lalu, industri muzik tanah air kehilangan seorang penyanyi nasyid iaitu bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sejak pemergian arwah, ramai mula berkongsi dan bercakap mengenai video-video arwah mengajar berkaitan agama meskipun sebelum ini arwah pernah dikecam kerana pendiriannya dengan beberapa isu.
Sebelum ini, arwah dikecam kerana didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami gara-gara mendedahkan rumahnya tiada mesin basuh dan ramai bersimpati dengan isterinya, Ina Naim.
Artikel berkaitan: Live Suhaimi Saad Kembali Viral, Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ina Naim Hingga Berkahwin
Bagaimanapun, baru-baru ini Ina berkongsi kisah sebenar di sebalik isu tiada mesin basuh itu.
Seorang pengguna Facebook bernama Ryhan Musa berkongsi pendedahan Ina bahawa rumah keluarga itu bukanlah tidak pernah ada mesin basuh tetapi telah diberikan kepada jiran mereka.
“Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh. Ada, tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat.
“Ina tegur jiran tanya ‘kenapa kakak?’,’Spin mesin basuh ni rosak’ jawab jiran tadi. Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut,” katanya.
Difitnah minta sedekah
Menerusi hantaran lain, wanita itu turut menyatakan keluarga Ina pernah difitnah jadi peminta sedekah dengan berpurdah namun tanggapan itu tidak benar.
Menurut Ina, memang benar dia keluar meminta sedekah tetapi bukan untuk dia dan keluarganya.
“Kutipan derma itu mereka hantar pada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang kembali murtad disebabkan mereka sangat susah di sana. Hanya bawa ribu-ribu ringgit sedangkan orang Kristian datang bawa jutaan ringgit. Sebab itu ramai yang kembali murtad.
“Mereka terkapai-kapai tidak tahu ajaran Islam yang sebenar. Yang mereka tahu tidak boleh makan babi dan anjing. Tapi ular, kera diorang makan. Mandi wajib pun tak tahu. Arwah cakap ini semua Allah akan tanya kita nanti, apa yang kita nak jawab,” katanya.
Terdahulu, Suhaimi meninggal dunia kira-kira jam 7.40 petang Rabu selepas enam hari mendapatkan rawtaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
Sumber: Ryhan Musa