Baru-baru ini, penyanyi Man Bai ada mengeluarkan satu kenyataan terhadap program Gegar Vaganza (GV) dengan menyifatkan ia memalukan artis. Dedahnya lagi, dia pernah tolak tawaran untuk menjadi artis jemputan.
Man Bai ada memberikan contoh penyingkiran penyanyi Inka Christie yang memenangi pelbagai anugerah termasuk di Asia Pasifik. Bahkan penyanyi lagu Kau Ilhamku ini juga ada mempertikaikan kredibiliti juri.
Artikel berkaitan : Selepas 18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sah Bercerai
Artikel berkaitan : “Harap mereka diberi ruang” -Fazley Yaakob Tahu Penceraian Adik Melalui Media Sosial
Susulan itu, penyanyi dan chef selebriti yang pernah menyertai program tersebut, Datuk Fazley Yaakob rasa terpanggil untuk menyelar dakwaan tersebut. Tegas penyanyi lagu Asmara Ini lagi, dia memohon agar lakukan kaji selidik dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kata-kata.
“Siapa kita nak persoalkan rezeki masing-masing. Dari GV1 hinggalah sekarang, semua peserta GV mendapat suntikan semangat serta rezeki baru.”
“Saya sendiri berkali2 diajak masuk hinggalah akhirnya bersetuju. Pihak produksi, pihak media, memberikan support tak berbelah bahagi terhadap semua peserta dari sebelum anouncement sehinggalah final.”
Menurut Fazley, dia lebih memandang program tersebut sebagai platform pembuka rezeki untuk para artis, malah dia yakin bahawa para artis yang menjadi peserta untuk program tersebut telah fikir masak-masak.
Berkenaan dengan komen pedas juri, Fazley menyifatkan bahawa ia adalah perkara biasa kerana dirinya sendiri sering ditegur oleh juri. Itu bukan memalukan, itu ilmu yang terlalu mahal yang bukan semua orang dapat.
“Kalau tak kena komen pedas, rugi lah bro.. takkan nak makan Daging Salai Lemak Cili Api letak laici? Mesti lah kena masukkan cili padi berkilo-kilo baru ngam bro!”
Pesannya lagi, seandainya tidak bersetuju dengan format program Gegar Vaganza, penyanyi tersebut patut bersuara sejak dari awal lagi.
Sumber : Harian Metro, Instagram