15 Januari lepas, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif ada buat satu cover lagu daripada Imran Ajmain, Seribu Tahun menerusi YouTube miliknya.
Video itu berjaya meraih lebih daripada 2 juta tontonan dan 55K jumlah likes. Lagu sedih ini memberikan makna yang begitu mendalam kepada mereka yang pernah ditinggalkan.
Hilang ayah, ibu dan suami
Ramai netizen berkongsikan bahawa diri mereka ditinggalkan oleh orang yang tersayang sambil mendengar lagu versi akustik ini.
Namun ada seorang wanita kongsikan kisahnya yang betul-betul menyayat hati sehinggakan mendapat perhatian netizen sebelum komen dari YouTube itu dikongsikan semula di Twitter dan meraih 7K jumlah retweets dalam masa 22 jam.
Menurut wanita ini, dia telah kehilangan ayahnya semasa berumur 9 tahun sebelum giliran ibunya pula pergi kepada-Nya ketika umurnya 20 tahun.
Kesunyiannya hilang apabila dia menemui peneman hidup setahun lepas ibunya telah tiada dan berkahwin selepas menamatkan ijazahnya.
Mereka bersama-sama kerja cari duit, dirinya bertambah gembira apabila dirinya bakal dikurniakan cahaya mata.
Namun, dugaan menimpanya kembali apabila suaminya pula menghadap ilahi selepas 2 tahun mereka mendirikan rumah tangga, lebih menyayat hati lagi, waktu itu dia sedang hamil 3 bulan.
“I got anxiety, i got depressed after my husband meninggal. Tapi Allah tak pernah tinggalkan kita sorang2 guys. I masih dikurniakan adik beradik yang supportive.”
Membaca komen orang lain yang meluahkan perasaan, dia memberikan sokongan moral kepada mereka memandangkan dirinya juga diuji.
Biarpun akui ianya sukar untuk tempuhi, wanita ini percaya bahwa Allah takkan uji seseorang itu kalau dirinya tak mampu.
“You guys kena kuat dan percaya Allah uji sebab sayang, bila Allah ambil org yg kita sayang percayalah Allah sedang beri kita merasa sikit ujian para Nabi.”
“It’s hard. But believe if you see all the test from Allah adalah satu hikmah hati you akan tenang, setenang luasnya lautan dibumi InshaAllah.”
“Keep strong guys, Allah tidak membebani hambanya melebihi kemampuannya.”
I saw this comment while watching the video. Maybe someone out there need to read it. Najwa Latif punya suara pun sangat sesuai dengan cover ni. pic.twitter.com/FC0i07jcgK
— Akip 🏴 (@akifyunus) March 22, 2021
Mendengar lagu sambil membaca kisah wanita ini, ramai yang tak dapat tahan rasa sebak. Dalam keadaan sedih, ada juga yang rasa terpujuk dengan kata-kata pengakhiran wanita tersebut iaitu…
“Allah tidak membebani hambanya melebihi kemampuannya.”
Ia juga membuatkan ramai netizen yang membacanya rasa bersyukur dengan orang yang ada di sekelilingnya.