Dalam dunia ni sebenarnya banyak orang yang baik-baik. Memang betul rezeki tertulis untuk kita sekiranya dipertemukan dengan orang yang baik. Lagi-lagi kalau orang baik tu adalah orang yang kita tak kenal. Kebaikan yang dia buat tu memang sangat menyentuh hati.
Cakap pasal kebaikan dari orang yang tak dikenali, ada satu video yang tular di media sosial seorang wanita berbangsa India menyuap seorang lelaki Melayu di hospital. Menurut @jamzapparels lelaki itu mengalami kesusahan untuk menyuap makanan dan salah seorang ahli keluarganya membantu lelaki itu dengan menyuap. Korang tengok lah video di bawah.
@jamzapparels Saw him struggling to eat and my family got his back✨🥺 #hsa
Sebak abang tu
Dalam keadaan kita sakit, kalau ada orang yang membantu memang buat kita terharu lah kan. Kalau tengok video tu, lelaki tu sampai kesat air mata apabila ada orang yang sudi bantu dia untuk makan.
Betul. Naluri keibuan tu memang kuat. Mana ada ibu yang sanggup tengok anak berlapar kan. Walaupun bukan anak sendiri, tak salah nak tolong suap makanan.
Min rasa abang tu mesti sebak betul. Nak makan sendiri struggle, nasib baik ada aunty ni datang tolong suapkan. Menangis abang tu sebab ada orang tolong dia.
Macam min cakap lah, ada je orang baik sekeliling kita. Sifat kemanusiaan tu memang takkan pernah padam. Sebab tu ada orang yang sanggup tolong orang lain dalam kesusahan sekadar yang dia termampu.
Baca: “Terima kasih aunty” – Orang Ramai Terharu Dengar Pesanan ‘Aunty’ Ini Dalam Wad Hospital