Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin baru-baru ini menegur tindakan penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa yang dilihat merakam semula lagu Sinaran sebagai EP terbaharu yang diberi judul Asmara Dansa.
Dalam hantarannya di IG Story, Nora yang merupakan balu kepada komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi dilihat bertanya dari mana penyanyi tersebut mendapat kebenaran untuk merakam semula lagu yang dicipta arwah suaminya dan Allahyarham Adnan Abu Hassan tanpa rundingan rasmi dengan pewaris.
Menarik, sebagai pewaris saya cuma nak tahu, siapa beri keizinan untuk lagu ini?
“Saya hubungi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), kata dah bayar pada publisher. Masih tergantung sehingga sekarang,” tulisnya di Instagram.
Artikel berkaitan: “Terasa impak blockout di sin” – Rossa Akui Kempen Boikot Di Indonesia Tak Sekuat Malaysia
Artikel berkaitan: Peguam Dedah Anak Tiri Jadi Punca Masalah Rumah Tangga Nora Ariffin & Suami Goyah
Menurut Nora lagi, isu keizinan dan pembayaran royalti bukan sekadar soal hak cipta tetapi juga menyentuh kebajikan serta masa depan waris para karyawan yang telah meninggal dunia.
Untuk pengetahuan semua, kebanyakan karyawan, komposer, penulis lirik, mereka tiada pencen, tiada KWSP dan sebagainya.
“Royalti itulah pencen mereka. Apabila seseorang karyawan meninggal dunia, pewaris berhak mendapatkan harta peninggalan royalti arwah untuk menyara anak-anak yang masih memerlukan.
“Itu adalah harta anak-anak yatim. Jangan kita ambil mudah dan lepas tangan,” katanya.
Terdahulu, Rossa ada memuat naik video teaser EP terbaharunya Asmara Dansa di TikTok yang menampilkan versi baharu lagu Sinaran dengan penyanyi rap tempatan MK K-Clique.
Lagu Sinaran yang terkenal pada era 1980-an ini dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid dan ia merupakan karya ikonik gandingan Johan Nawawi dan Adnan Abu Hassan.
@rossa.official Sinaran music video officially out now!🩷 Turn it up and let the beat take over🙌🏻 #EP #AsmaraDansa #Rossa #Sinaran
Sebelum ini, Nora juga pernah menyatakan arwah suaminya hanya memperolehi RM60 sehingga ke hari ini untuk lagu tersebut yang diterima oleh pewaris.
Dalam pada itu, belum ada kenyataan balas rasmi daripada pihak Rossa atau syarikat rakamannya berhubung isu itu.
Sumber: IG Nora, Utusan Malaysia