Kita selalu anggap jadi budak-budak ni best, tak payah nak fikir masalah, boleh main dengan kawan-kawan, tak ada masalah peribadi tak ada masalah kerja. Sebab tu, bila dengar budak-budak kata yang dorang ni stress, orang dewasa selalunya akan memperlekehkan dorang.
Namun, perkongsian dari seorang penceramah, Akhi Fairuz Al-Jengkawi di Twitter mungkin sedikit sebanyak dapat membuka mata kita bahawa stress dikalangan kanak-kanak sekarang bukanlah satu perkara yang remeh.
Menurut Akhi Fairuz, setiap kali dia memberikan ceramah motivasi, dia akan meminta pelajar-pelajar untuk datang ke hadapan dan tulis di papan putih kenapa dorang rasa tak semangat nak belajar. Korang boleh tengok sendiri apa jawapan budak-budak ni…
Tambah Akhi, dia ada kongsikan perkara ini di Facebook, namun ada ibu bapa yang mengatakan budak-budak sekarang manja dan selalu beri alasan untuk tak nak belajar.
Walhal zaman telah berubah. Faktor ekonomi, isi rumah, tempat bermain, keselamatan, silibus belajar, semuanya sudah tidak sama.”
Kerana itu, menurut penceramah ini lagi, tak peliklah bila Kajian Kesihatan Mental di Malaysia menunjukkan budak-budak seawal umur 13 tahun dah pun alami depresi.
Akhi menerangkan, budak-budak sekarang tak ada tempat untuk mengadu bila mereka sering diejek, dihina paras rupa, jadi mangsa body shaming dan lain-lain.
Nak jumpa kaunselor di bilik kaunseling pun dorang takut sebab nanti murid-murid lain cop mereka sebagai pelajar bermasalah.
Ekoran dari pendedahan ini, ada segelintir netizen yang risau dengan keadaan salah seorang pelajar yang mengatakan dia terlibat dengan dadah, dan ini penjelasan Akhi Fairuz:
Jadi apa penyelesaiannya? Mungkin ibu bapa perlu lebih amalkan sikap terbuka dan jangan buat anak-anak takut untuk luahkan masalah dorang. Selain dari tu, kena juga seimbangkan masa belajar dan bersosial. Kalau terlalu tekankan pelajaran pun tak boleh juga kan? Lagi satu, jangan sesekali pandang remeh kalau anak cakap dorang stress tau!