in

Sebab Kenapa Larissa Ping, Gadis Borneo Ada Potensi Gondol Gelaran Miss World 2018

Missworldmalaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Siapa bilang gadis Malaysia tak menawan, tak menarik hati tiada terpikat” tiba-tiba rasa macam nak menyanyi lagu ni pula.


Bukannya apa apabila anak kelahiran Sarawak yang mewakili Malaysia di pentas Miss World 2018, Larissa Ping mara ke peringkat separuh akhir, jelaslah bahawa gadis-gadis Malaysia ni sebenarnya cantik orangnya.

Bahkan, harapan untuknya meraih gelaran Miss World 2018 begitu cerah kerana prestasi yang dionjolkan begitu luar biasa.

 

Menonjol dalam Head to Head Challenge

Img 5735

Img 5731
Sumber : instagram

Lapor Rojak Daily, gadis ini mempamerkan prestasi luar biasa di Sanya, China, gadis berusia 19 itu berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Top 30.

Setakat ini prestasi cemerlang gadis 19 tahun itu termasuklah Top 5 Best Talent, Top 5 Best Designer, Top 32 Top Model, Top 10 Mobstar dan berjaya mengenepikan peserta dari Guadeloupe dalam saingan Head to Head Challenge.

Head to Head Challenge? Ia adalah sesi soal jawab di mana para peserta diminta untuk menyuarakan pendapat mengenai advokasi, isu semasa dan visi mereka dalam pertandingan tersebut. Inilah yang dinamakan Beauty with brain 

 

Calon ke-8 dari Malaysia yang berjaya jadi finalis

Lp

Img 5733

Selain Malaysia, antara negara lain yang layak ke Top 30 adalah Mauritius, Bangladesh, Singapura, Mexico, Venezuela, Chile, India, Thailand dan Uganda

Cabaran ini diadili oleh tiga juri iaitu Manushi Chhillar (Miss World 2017), Stephanie Del Valle (Miss World 2016) dan Megan Young (Miss World 2013).

Kemenangan ini bermakna Larissa mara secara automatik dan merupakan perwakilan kelapan dari Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam senarai finalis sejak Malaysia menyertai acara ini.

Malam kemuncak Miss World 2018 akan diadakan pada 8 Disember ini. Semoga Larissa terus cemerlang membawa nama Malaysia dan berikan khabar gembira dari China.

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.