in

“Sebab awek?!” – [VIDEO] Sekumpulan Lelaki Bergaduh Guna Kayu Besbol Dipercayai Berebut Teman Wanita

page gaduh

Kalau kita tengah seronok bercinta, boleh kata memang sanggup untuk buat apa je demi yang tersayang.

Lagi-lagi kalau setiap pasangan tu dah tetapkan niat untuk terus bersama sampai ke jinjang pelamin. Tapi, tipulah kalau takkan ada cabaran dan juga dugaan yang melanda kan? Itu dah lumrah kehidupan bercinta.

Namun, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila berlaku pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di sebuah restoran sekitar Taman Ehsan Saja, Pandamaran Klang.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1529414141924212736

Difahamkan punca pergaduhan itu adalah disebabkan perebutan teman wanita dan lebih mengejutkan, mereka sampai menggunakan batang besi besbol sebagai senjata untuk mempertahankan diri.

“8 orang kena tahan”

Menurut Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata bahawa pihaknya segera bertindak selepas mendapat maklumat dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah ini dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

“Berdasarkan pengakuan awal, kesemua suspek ditangkap mengaku terlibat dalam kes tersebut.” – Asisten Komisioner Cha Hoong Fong

 

Difahamkan pihak mereka juga telah menahan kesemua lapan suspek yang berusia di antara 14 hingga 21 tahun dari kawasan Kapar dan juga Klang selain merampas beberapa telefon bimbit, pakaian, sebuah motosikal dan juga dua batang besi besbol.

Tambahnya, kesemua lapan suspek akan direman di antara tiga hingga enam hari bagi menjalani siasatan berikutan kejadian tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

Takut lah sampai bergaduh sebabkan girlfriend… Ingat, bunga bukan sekuntum tau…

Baca: “Keras ni mat” –  [VIDEO] Macam Dalam Filem, Pelajar Bergaduh Beramai-ramai Jadi Buruan Polis

untitled 1 12