in

“Sebab adik tak boleh beli apa-apa” – Ibu Sebak Anak Bagi Biskut Untuk Hadiah Hari Jadi

Biskut 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang setuju tak wang jutaan ringgit sebenarnya tak mampu membayar nilai hadiah yang diberikan oleh orang yang kita sayang lebih-lebih lagi ia adalah hadiah hari jadi.

Kalau setuju, mungkin korang boleh relate dengan video yang dikongsi oleh @yanzyan14 di TikTok menunjukkan anak lelakinya telah menghadiahkan sepeket biskut sempena hari jadi.


Adik tak boleh beli apa-apa..

Dalam video tersebut, anak Yan Zyan yang baru sahaja pulang dari sekolah telah memberikan ucapan hari lahir sambil mengeluarkan sepeket biskut daripada kocek baju sekolah.

Hari ini hari jadi ibu kan? Nah adik bagi hadiah untuk ibu.

Artikel berkaitan: Hanya Pakai Kereta Kancil Lama, Wanita Hadiahkan Ibu Ayah Kereta Baru Raih Sebak Netizen

Artikel berkaitan: “Kakak ingat ayah lupa ke?” – Reaksi Kakak Sulung Dapat Hadiah Buat Ramai Terharu

Budak lelaki itu juga sempat meminta maaf kepada ibunya kerana hanya mampu memberikan makanan ringan itu dan bukannya hadiah istimewa yang mahal dan mewah.

Hadiah biskut rupanya kawan yang bagi!

Pun begitu, apa yang melucukan apabila budak lelaki tersebut mengatakan biskut itu adalah pemberian daripada rakannya di sekolah.

Maaf ye sebab adik tak boleh beli apa-apa.. adik bagi ni ja.. Ini pun kawan adik yang bagi.

Sebaik sahaja Yan Zyan diberitahu tentang itu, dia terus ketawa dek gelagat anaknya yang lucu dan menghiburkan itu. Bagi menghargai hadiah tersebut, Yan Zyan memberitahu dia akan makan biskut tersebut pada waktu itu juga.

Mula-mula ibu sebak, lepas itu ibu gelak besar adik. Terima kasih adik sebab ingat hari jadi ibu, sayang adik.

@yanzyan14

Mula ibu sebak… pas tu ibu tergelak besor dik🤣🤣🤣#teamsinggel💪 #loveyourjourney #fyp

♬ original sound – Yanz Yan – Yanz Yan

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen di TikTok. Ramai antara mereka terhibur melihat gelagat budak itu dan memuji dia pandai mengucapkan kata maaf walaupun masih kecil.

Biskut 1 Biskut 2

Comelnya bagi hadiah biskut!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.