in

Scold’s Bridle, Topeng Muka Yang Menyakitkan! Hukuman Kepada Wanita Yang Kuat Membawang

Ft Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarangkan semua orang kena pakai mask bila pergi mana-mana, so hari ni min nak share sikit mengenai mask yang wujud satu masa dahulu.


Pada zaman pertengahan, ‘topeng’ ini digunakan atau lebih tepat lagi dipakaikan kepada wanita yang kuat bergosip. 

Ye, mak cik-mak cik bawang kena pakai mask!

Tapi topeng ni bukan biasa-biasa tau.

Ia dipakaikan kepada wanita-wanita oleh suami mereka sebagai bentuk hukuman jika mereka didapati membawang.

‘Topeng’ ini turut digunakan kepada wanita yang dipercayai menggunakan magic untuk menghentikan penggunaan magic itu.

 

Baru 3

 

Topeng besi yang menyakitkan

Scold merujuk kepada penghinaan terhadap wanita yang suka membebel dan tidak disenangi masyarakat.

Manakala Bridle merujuk kepada penutup kepala yang dipakaikan kepada kuda oleh penunggangnya sekiranya dia menginginkan kawalan yang lebih besar terhadap pergerakan kuda.

Jadi, Scold’s Bridle merupakan topeng yang diperbuat daripada besi digunakan untuk mengawal hamba suatu masa dahulu sebelum dijadikan alat untuk menghukum wanita sekitar abad ke-16.

Topeng ini terdiri daripada jalur besi dan dililit pada wajah pesalah hingga terbentuk seperti topeng.

Apabila tidak lagi digunakan kepada hamba, mangsa baru ‘topeng’ ini adalah wanita.

Scold’s Bridle juga mempunyai bahagian besi kecil iaitu kekang  yang digunakan untuk menghalang wanita daripada bercakap dengan meletakannya di dalam mulut dan menekan lidah wanita itu.

Lebih parah lagi, kadang-kala terdapat paku pada kekang yang akan menusuk ke lidah mangsa sekiranya dia cuba untuk bercakap.

Tak ubah seperti haiwan!

Kekang ni sebenarnya digunakan juga untuk mengawal kuda.

Bentuk ‘topeng’ ini pula ditambah dengan bentuk tanduk dan telinga semacam penghinaan kepada si pemakai.

Baru

 

Hukuman yang memalukan!

Penyeksaan berterusan apabila wanita yang dipakaikan Scold’s Bridle dibawa berjalan ke bandar oleh suaminya dengan tali terikat pada ‘topeng’ muka itu.

Bukan sahaja dihukum, wanita tersebut akan diejek oleh orang ramai apabila dia dibawa keluar ke bandar. 

Suami kepada wanita itu juga akan menggalakkan orang ramai untuk meludah kepada isterinya.

Sepanjang ‘topeng’ itu digunakan, pemakai tidak boleh bercakap dan paling teruk tidak boleh makan dan minum!

Zalim betul!

Tak cukup dengan itu, mereka akan memasang loceng kepada ‘topeng’ tersebut dengan niat untuk menarik lebih banyak perhatian orang ramai.

Betul-betul menghina hukuman yang mereka lakukan ni!

Kaedah ini dijalankan dengan alasan untuk memberi pengajaran kepada wanita pada zaman itu.

Baru 4

 

Kekejaman yang semakin dilupakan

Akhirnya, pada penghujung abad ke-19, wanita mula mendapat hak mereka dan hukuman ini dianggap ketinggalan zaman.

Scold’s Bridle semakin dilupakan.

Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada wanita dah insaf dan tidak lagi membawang atau lelaki tidak ingin lagi menggunakan hukuman ini, 

Yang pasti hukuman ini sudah tidak releven pada masa itu.

Sewaktu penjajah mula menetap di Amerika Utara dan Selatan, Scold’s Bridle hampir tidak lagi dapat ditemukan. 

Tapi itulah, walaupun tanpa ‘topeng besi’, amalan menghina dan memalukan individu di khalayak ramai masih sukar untuk dihakis.

Agak-agaknyalah, kalau ada lagi hukuman untuk orang kuat bergosip ni, mereka akan takut ke?

Sumber Museum of Magic and Witchcraft

 

Baca : “Perjuangan terbantut” – Ini 3 Parti Anak Muda Yang Pernah Gagal Dalam Sejarah Politik Malaysia

Capture 6 11

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.