in

“Scammer pun cair” – Cara Wanita Ini Layan Panggilan Palsu Buat Netizen Terhibur

wanita layan scammer manja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penipuan secara dalam talian sekarang ini semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat kita.

Malah, pelbagai cara penipuan boleh berlaku termasuklah melalui panggilan telefon sehingga ada individu yang terpedaya dan membuat transaksi.


Lebih membahayakan, scammer ini pula pandai ‘memutar belit’ dan ada sesetengahnya tahu mengenai maklumat kita sehingga terjerat.

Netizen terhibur cara wanita ini layan scammer

Kebiasaannya, kita akan malas melayan panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali kerana mahu mengelakkan diri daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun lain pula dengan situasi yang dikongsikan oleh wanita ini apabila dia sendiri melayan panggilan yang dipercayai daripada scammer.

Menerusi video tersebut, wanita terbabit meminta scammer untuk menghubunginya semula pada hari lain kerana ketika itu dia mendakwa sedang sibuk memandu.

“Sebab saya tengah bawa kereta. Telefon esok boleh? Saya tak boleh nak fokus. Dah la tengah jammed (sesak) ni,” ujar wanita itu.

Lebih mencuit hati apabila scammer juga dilihat melayan setiap apa yang dibualkan oleh wanita terbabit.

“Esok pulak. Kalau esok jam berapa tu? Maaf mengganggu puan, hati-hati dekat jalan tu” kata scammer tersebut.

@_sylna

♬ original sound – Eishlyana – Eishlyana

Bagaimanapun, apabila dia cuba menghubungi semula scammer terbabit pada keesokan harinya, panggilan telefon itu tidak dijawab.

@_sylna

@SambalPetai

♬ original sound – Eishlyana – Eishlyana

“Keliru nak scam ke nak jatuh hati”

Apa yang membuatkan netizen geli hati dengan perkongsian video itu adalah telatah dia bersikap manja dengan scammer.

Malah ramai juga terhibur dengan gelagat wanita itu yang ‘mengaturkan semula jadual’ scam pada hari berikutnya.

Screenshot 2025 02 20 165413 Screenshot 2025 02 20 165457

Pesanan untuk korang semua, kalau korang berhadapan situasi panggilan palsu, korang boleh mengubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi melaporkan aktiviti penipuan melalui panggilan palsu.

Boleh hubungi di talian 997 dalam masa 24 jam sekiranya disyaki terdapat unsur-unsur penipuan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.