in

Sayur Kangkung Diharamkan & Dianggap Tumbuhan Berbahaya Di Amerika Syarikat

f3 kangkung us

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sayur kangkung dalam masakan di Malaysia memang tak dapat dipisahkan terutamanya dalam nasi goreng kampung. Kalau tak ada kangkung dan belacan, memang tak layak dipanggil nasi goreng kampung.

Dalam cucur pun wajib letak kangkung kan. Namun, tahukah anda, di sesetengah negeri di Amerika Syarikat pula, sayur kangkung ini haram ditanam?


10 1
Gambar Sekadar Hiasan

Menurut South China Morning Post, pada tahun 1973, sayur yang popular dalam masakan Asia itu tidak dibenarkan untuk ditanam di negeri Florida, Amerika Syarikat.

Ini kerana tumbuhan berkenaan akan tumbuh di atas tanah dan dalam air, dan sekali gus boleh menyebabkan laluan air tersumbat.

Ia kemudiannya boleh menghalang bot yang mahu lalu di kawasan berair tersebut.

Kangkung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai water spinach itu telah disenaraikan dalam senarai tumbuhan rumpai yang berbahaya kerana sifat semulajadinya yang agresif.

Ini kerana kangkung boleh membesar sehingga empat inci dalam masa sehari dan ia boleh mengancam pertumbuhan spesies tumbuhan asal di negara itu.

11 2
Gambar Sekadar Hiasan

Memandangkan undang-undang di Amerika Syarikat berbeza mengikut negeri, ada sesetengah tempat yang tetap membenarkan penduduknya untuk menanam kangkung.

Contohnya, jika ada petani di California, Texas dan Florida mahu menanam kangkung, mereka dibenarkan untuk berbuat demikian namun perlu memohon permit daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Boleh tonton video TikTok yang dikongsikan oleh @agrotonomy untuk faham dengan lebih lanjut.

@agrotonomy

Vertical farming kangkung (water spinach) on aeroponic towers #kangkung #waterspinach #verticalfarming #urbanfarming #aeroponics #farming #towergarden #hydroponics #agriculture #kangkong

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Nasib baik kat Malaysia boleh makan kangkung. Kalau tak, confirm nasi goreng kampung akan jadi tak sedap. 

Sumber: South China Morning Post, TikTok @agrotonomy

Baca: Tak Boleh Minum Air Banyak? KKM Perjelas Antara Mitos Pasal Wanita ‘Pantang’ Lepas Bersalin

9 2

Sumber: mStar
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.