in

“Sayang saya nak iPhone” – Pasangan Kekasih Bertengkar Depan Kedai Telefon, Sebab Lelaki Belikan Phone Android

Fi Gaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang in relationship, mesti korang ada cara masing-masing untuk hargai pasangan korang kan? Sesetengah orang yang mampu akan bagi hadiah berjenama, sesetengah tu pula akan bagi mana yang termampu asalkan pasangan tu bahagia.


Tapi pernah tak korang, terjumpa mana-mana pasangan bergaduh sebab demand hadiah yang mahal?

 

Marah tak dibelikan iPhone

Korang ada dengar cerita tak, baru-baru ini ada sebuah pasangan di Indonesia bergaduh dekat depan sebuah kedai telefon?

Kalau belum tahu, ceritanya dikatakan pasangan tersebut bertengkar di depan kedai telefon disebabkan si lelaki itu tidak membelikan telefon model iPhone untuk pasangannya.

Gaduh 1 Edit

Perkara ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Aditya Banar, di dalam sebuah group dengan kapsyen yang ternyata menarik perhatian ramai.

“Sayang, saya mahukan iPhone, bukan Vivo,”

Sebuah video turut dimuat naik Aditya dan melihatkan seorang wanita berbaju kuning dan bertudung seakan tidak menerima dan memarahi lelaki tersebut. Namun lelaki tersebut hanya bersabar dan masih menenangkan wanita tersebut.

Bahkan, wanita tersebut turut menolak lelaki berkenaan dan itu menyebabkan mereka terus bertengkar.

Kejadian tersebut disaksikan oleh pekerja dan sebilangan pengunjung yang kebetulan berada di kedai handphone berkenaan.

Perakam video itu turut menyatakan sesuatu semasa merakam insiden tersebut. Selain itu, dia mengingatkan tidak berbuat sebegitu di khalayak ramai.

“Bertengkar pula, jadi beli atau tidak?

“Woi bang, jangan bergaduh di sini, malu.” ujarnya

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku.

Apa komen korang? Harap-haraplah isu tersebut dapat mereka selesaikan dengan elok.

Sumber : KENDALKU, YouTube

 

Baca : “Dah macam movie” – [Video] Lelaki Terhibur Rakam Gelagat Pasangan ‘Dramatik’ Bertengkar Di Luar Rumah

Foot Gaduh

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.