Kalau korang perasan, banyak kisah kebaikan yang dipamerkan pekerja syarikat penghantar makanan atau lebih mesra dengan panggilan abang rider yang dikongsikan netizen.
Dalam kesibukan mengambil dan menghantar pesanan makanan pelanggan, mereka masih sempat menghulurkan pertolongan sekiranya terserempak dengan individu yang berada dalam kesusahan.
Tular di TikTok, kebaikan seorang rider yang membantu menolak sebuah kereta yang rosak di persimpangan lampu isyarat.
Artikel berkaitan: “Satu dalam sejuta” – Abang Grab Terima Pujian Netizen, Tidak Goyah Walau Terima Order ‘Bukan-bukan’
Artikel berkaitan: Jadi ‘Rider’ Tiap Hujung Minggu Sebab Nak Bantu Keluarga, Luahan Pelajar Ini Bikin Sebak
Dalam video tersebut, kelihatan penghantar makanan berbangsa India itu menolak kereta jenis Perodua Kancil yang rosak dengan kudrat seorang diri.
Tindakannya itu sempat dirakam pengguna TikTok yang juga meminta orang ramai untuk mencari dan menularkan video ini untuk mempamerkan sikap prihatin abang rider tersebut.
“Tolong cari dan viralkan abang Foodpanda Indian ni sampai jumpa. Semua orang tengok je, tapi dia patah balik tolong girl dalam kereta itu tolak ke tepi jalan,” tulisnya.
@cempakaberduri33 thank you, bro. the good boy ..living in Malaysia is amazing. we are so blessed. Ini dinamakan serumpun #viralvideo #viral #berandatiktok @foodpanda Malaysia @foodpanda riders MY
Difahamkan, abang rider sanggup berpatah balik demi membantu mangsa apabila tidak ada seorang pun yang menghulurkan bantuan kepada pemandu kenderaan.
Abang rider ucap terima kasih
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap lelaki terbabit kerana sanggup meluangkan masa membantu mereka yang dalam kesusahan meskipun sedang bekerja.
Sementara itu, abang rider terbabit meninggalkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang memberi pujian dan mendoakannya.
Katanya, dia hanya membantu mereka yang memerlukan tanpa meminta sebarang balasan ataupun pujian.
Terima kasih orang baik…
Sumber: TikTok