Pempengaruh media sosial Khairul Aming (KA) yang menjadi ikutan ramai, baru-baru ini telah membuat netizen merasa kagum dengan layanan istimewa kepada para pekerjanya.
Kebajikan yang dipamerkan Khairul Aming turut memberi inspirasi kepada usahawan yang terkenal dengan menu crepe apabila dia juga memberi bonus raya kepada semua staf.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Kieda di laman TikToknya, dia mengakui turut mengikuti cara Khairul Aming dalam menghargai pekerja.
Artikel berkaitan: “Mana semua orang?” – Sunyi Sepi, Kieda Crepe Pelik Orang Tak Datang Kedai ‘Support’ Vendor
Artikel berkaitan: “Perghh tebal” – Khairul Aming Belanja Staf Lagi, Netizen Terkejut Tengok Sampul Raya ‘Berkepuk’ Duit
@kiedacrepepenang “TIRU KEBAIKAN DEMI KEBAHGIAAN” Dan Demi sebuah senyuman🩷 Ku korbankan segalanya . Selesai bahagian semua staff . Allah izinkan 🤲🏻 Gaji , Bonus , keperluan rumah🤍 Thankyou Allah @AmykiedaMerchadise @KiedaCrepeHouse 🫂 #kiedacrepe #kiedacrepehouse
Dedahnya, walaupun hasil jualan bulan Ramadan tidak memberangsangkan, dia tetap memberikan bonus kepada para pekerjanya tetapi menggunakan duit simpanannya sendiri.
“Memang betul saya tiru cara Khairul Aming, saya suka cara memberi kebaikan untuk orang lain. Jangan marah saya tau.
“Kieda tutup kedai last minute sebab nak buat kejutan untuk team work Kieda yang mana semua dah tahu bulan ni sales memang jatuh teruk sangat dan bonus raya tak dapat.
“Hari ini buat kejutan untuk staf-staf, saya keluarkan wang simpanan sendiri untuk diberikan bonus bagi menghargai staf yang dah berjuang dengan saya walaupun sales drop,” katanya.
Bercerita lanjut, dia tidak dapat menggunakan duit syarikat untuk memberi bonus raya kepada pekerjanya kerana syarikat tidak mencapai target.
Kieda bagaimanapun meminta maaf kerana tidak membelikan baju raya seperti tahun-tahun sebelum ini sebaliknya menggantikannya dengan belanja barang keperluan harian.
Alhamdulillah, semoga ramai lagi yang terinspirasi dengan cara Khairul Aming…
Sumber: TikTok